Blogger templates

Ayra Khadeejah : 1 Year & 1 Month Old

Assalamualaikum.

Kasihan sangat. Entry ni duduk lama dalam draft. Hari ni baru tergerak nak kasi publish. Eh by the way, saya bercuti hari ni. Pergi jalan-jalan redeem voucher ke Avani Sepang.

Later kita story pasal Avani eh.

Alhamdulillah Ayra Khadeejah dah 1 year 1 month, dah nak masuk setahun dua bulan Insya Allah hujung bulan May ni. Thanks to Allah untuk nikmat usia dan kesihatan yang baik. Khadeejah getting better compared to the day she started sick end of March hari tu and leads to broncho pneumonia.

Which partially was treated well by peads, Putrajaya Hosp.



Alhamdulillah once again, walaupun beliau dilahirkan sebagai seorang premature baby, perkembangannya at least sama macam baby normal yang lain. Kecuali being vegetarian all the way from her 6th month birthday sehingga memasuki usia setahun, heh yang itu tak dapat nak tolong. Eh, starting beberpa minggu yang lepas, saya dah mula masukkan ayam dan ikan dalam makanan Khadeejah. Memang sometimes ada rashes dan aktiviti mengaru-garu but we can do nothing. Kena bagi juga sikit-sikit.

Peads kabo macam mana dia nak built her own antibody kalau tak ada langsung protein yang masuk dalam badan?. Tsk, mak dia tak pernah pun terfikir sebab tak tahu. So sad.



Sekarang Khadeejah merupakan big boss dalam rumah. Kakak dia pun kalah.

Atau sememangnya menjadi seorang kakak memaksa kamu menjadi pengalah?. Abaikan vocab yang berterabur macam orang tak sekolah. Well, mungkin semua kakak akan menjadi seperti itu. Sebab mostly kawan-kawan yang ada anak 2-3 orang pun feel the same. Anak sulung selalunya baik hati. 

Tadah je muka even adik dia lepuk sekuat hati.



Progress as for now, Khadeejah dah pandai berlari. Sambil giggling dan goyang-goyang tangan haha. Lari tak laju pun, as if korang berjalan secara cepat. Gitu. So kakak dah mula rasa seronok nak main dengan adik dia. Kakak kejar, adik lari. Lepas tu adik jatuh, nangis. Kakak kena marah dengan ayah, sobs.

Juga dah pandai berebut dengan kakak. Kakak pegang remote, dia nak. Kakak pegang buku, dia nak. Kalau tak dapat dia jerkah kakak, kena mood tak baik, kakak jerkah balik dan lepas itu sama-sama nangis. Ya Allah sakitnya telinga, Dia saja yang tahu. Nak marah lebih-lebih tak sampai hati, dua-dua masih budak so saya lah yang terpaksa sabar. Walaupun kadang tak sabar juga.

Masih menyusu mummy dia secara kerap. Lagi kerap sekarang sebab bulan lepas beli 3 packs susu cuma satu yang habis. Amboi, macam tahu je susu dia dah naik harga tau. Tapi tak apa, mummy suka ja. Lain macam bonding antara mak dan anak yang menyusu badan dan menyusu formula. No offence. Tak ada niat nak cakap itu bagus, ini tak bagus. Anak saya dua-dua pun menyusu formula. Cuma feeling tu lain sikit.



Bab makan, semua pun dia makan kalau ada orang suap. Dah start makan nasi masa masuk usia setahun, berselang seli dengan bubur kasar. Dia boring kalau menu sama (bubur sahaja, atau pasta sahaja) within one week. Dah tak boleh nak buat 3 days rule, perhaps now adalah 1 day rule sahaja kehkeh.

Masih belum ambil vaksin MMR. Dah dua kali appointment dengan Putrajaya Hosp saya tangguhkan. Pertama sebab Khadeejah selalu tak sihat (sebelum ini) dan kedua sebab eczema. Mungkin tunggu dia stable sikit baru pergi suntik. Lagipun if baby eczema dan ada alahan pada telur, once ambil MMR kena day care hospital untuk monitor. Usually 8 hours from 9am to 5pm. 




Terima kasih Allah atas nikmat ini. Nikmat jadi mummy, walaupun selalunya rasa nak pecah dada dan peningkatan level stress yang tak tentu hala, namun yang dua ini jugalah yang menjadi penyejuk hati, selalunya.

Semoga membesar di dalam kasih sayang Allah.

Sayang anak-anak mummy.

1 busy bees:

antalya said... Reply To This Comment

fuiyooo deeja bwk kakak merempit woo

Post a Comment