Blogger templates

Cuti Menjaga Anak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sebagai seorang penjawat awam, kami diberikan pelbagai kemudahan cuti untuk menyelesaikan urusan-urusan yang tidak berkaitan dengan kerja. Sepanjang perkhidmatan saya yang masuk tahun kesembilan, pernah sekali saya memohon cuti tanpa gaji untuk tempoh 4 bulan. 

Kelulusan yang mudah dan cepat asalkan maklumat yang dibekalkan lengkap.

Sebenarnya, sejurus selepas melahirkan Khadeejah, hati saya berat sangat rasa nak sambung cuti menjaga anak tanpa gaji. At least sehingga Khadeejah 2 tahun. Surat dah draft, supporting documents semua dah sedia. Inform husband alhamdulillah tiada halangan. 

Cuma tangan dan mulut tak bersedia nak maklumkan pada boss.

Jadi bila Khadeejah mula tak sihat dan sakit berpanjangan, saya rasa sedih juga sebab tak meneruskan hajat bercuti dulu. Tapi tak apa lah, benda dah lepas. Kita fokus pada apa yang berlaku sekarang.


Pity Khadeejah. 

Lepas berbincang dengan husband, minta pendapat sikit dari families, saya nekad untuk ambil cuti menjaga anak buat sementara. Biar saya jaga dia sendiri dirumah sehingga dia sedikit kuat untuk diletakkan di mana-mana taska atau pengasuh lain. 

Saya refer kembali ke Bahagian Pengurusan Jabatan. Alhamdulillah, ada option untuk saya pilih selain bercuti tanpa gaji sepenuhnya. Oleh kerana saya ada surat doctor, saya boleh cuba untuk memohon cuti separuh gaji. Perkara ini ada tertulis di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam, bab C.

Tapi perlu di ingat, cuti separuh gaji tertakluk kepada tahun perkhidmatan. 30 hari untuk setiap 1 tahun perkhidmatan, dan maksimum sebanyak 180 hari (6 bulan) sepanjang perkhidmatan.


Bagi kemudahan cuti menjaga anak tanpa gaji pula, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014 adalah yang terbaru sebagai rujukan. Sedikit penambahbaikan yang saya noticed, kita tidak perlu menghabiskan cuti tahunan sebelum mula bercuti.

Sebagai contoh, masa saya memohon cuti tanpa gaji bermula Mac - Jun 2011, kelayakan cuti tahunan saya untuk Jan - Feb adalah sebanyak 3 hari. Campur dengan baki cuti tahun-tahun sebelumnya adalah sebanyak 7 hari. Jadi sebelum mula bercuti tanpa gaji, saya perlu menghabiskan kesemua jumlah cuti yang ada.

Once naik kerja, cuti akan dikira seperti sediakala. Ikut pro-rate so agak susah juga if ada emergency dan sebagainya.

Oklah, nak faham, baca paragraph di bawah.














Ok faham dah ke?. Hehe.

As for now, Khadeejah dijaga sepenuhnya oleh brother in law saya sepanjang masa bekerja. Alhamdulillah syukur sangat sebab walaupun lelaki, cukup makan pakai anak dara saya dijaganya, dan yang penting walaupun ada masa Khadeejah tidak sihat (batuk with phlegm) tidaklah sampai ke emergency makan salbutamol atau nebulizer macam selalu (dengan izin Allah for sure). I think the main concern here is, Khadeejah tak boleh terlalu expose to public, atau stay di nurseries or bs yang jaga ramai kanak-kanak lain, as what the doctor said in the letter before.


Alhamdulillah, permohonan sudah saya buat dan sekarang masih di dalam proses kelulusan. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.  

1 busy bees:

Ana Lyana said... Reply To This Comment

Semoga semuanya dipermudahkan Ann... SEmoga cepat sembuh Angelina Jr... :)

Post a Comment