Blogger templates

Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai Perak.

 Assalamualaikum.

Minggu lepas adalah minggu yang cepat berlalu bagi saya. Ya, cepat berlalu sebab terpaksa attend kursus di Sungkai, Perak selama tiga hari.

Heheh.

Selalunya kalau kena paksa berkursus, memang muka tak ada senyum. Sedih tinggalkan suami dan anak-anak di Putrajaya. Tahun lepas, masa saya tinggalkan Khadeejah buat pertama kali, agak susah juga. Masa itu dia baru berusia 4 bulan. Susah sebab terpaksa mengepam banyak kali dan buang susu begitu saja. Khadeejah tak minum ebm sobs!.


Institut Latihan Statistik. Kalaulah cuma berada di dalam kawasan Bangi, setiap tahun 3-4 kursus pun saya sanggup. Heh.

Tahun lepas, mak abah saya yang datang tolong temankan suami jaga anak-anak. Tahun ni suami malu nak minta tolong lagi. Dia bukan tak boleh jaga, cuma dia takut malam-malam si kecil nangis mintak mummy. At least kalau ada nenek, boleh juga nenek dodoi dan kasi tidur.

Jadi bila suami kata, kita semua pergi, saya terus book hotel untuk dua malam. Family room. RM100 per night.


Hotel ini terletak di dalam kawasan perumahan, atas sedikit daripada pekan Sungkai. Betul-betul tepi jalan besar menghala ke Bidor. Hotel kecil, with basic amenities. Bolehlah setakat nak duduk 2-3 hari. Kalau lebih dari itu, macam sesak juga rasanya.

Reception and guarded 24 hours. Kalau malam, kawasan itu nampak sedikit menakutkan. Biasalah, Sungkai kan pekan terpencil. Nak cari klinik waktu siang pun payah, apatah lagi malam. 



Boleh lah. 1 queen size bed dengan 1 single bed. 

Budak-budak memang happy sangatlah dapat duduk hotel even tak ada swimming pool. Anak-anak saya tu bukan hairan sangat dengan swimming pool. Ada, deme sukalah, tak ada, tak mencari pun. So pagi-pagi lepas hantar saya ke ILSM, husband akan bawa pergi breakfast, kemudian balik mandi dan tidur. Tengahari masak nasi, tapau lauk di restoran bawah hotel. Khadeejah sejak refuse susu formula dan kurang makan bubur ni, memang biskut kering rendam susu sajalah menu dia.


Bekalan untuk tiga hari. Yang habis cuma biskut dan roti.

Petang lepas habis waktu berkursus, husband dan anak-anak akan jemput saya di ILSM. Pergi tapau dinner, atau lepak minum dekat kedai-kedai di area pekan. Suka tengok kedai-kedai di sini, banyak kedai melayu. Menu sedap-sedap pulak tu.


Salah satu kedai favourite.

Selasa ada pasar malam. So that night kami makan menu pasar malam saja. Selalunya kawan-kawan yang balik kursus akan bawa balik jambu batu all the way from Bidor. Specialnya di situ katanya. Cari di pasar malam tak jumpa. Yang bersepah-sepah hanyalah mangga. Chokanan, Water Lily dan macam-macam jenis lagi. Harga muntah darah tengok RM10/3 kilogram. Apalagi, kami borong 9 kilo terus. Kenyang mangga kami seminggu haha.

Alhamdulillah berjaya selesaikan kursus selama tiga hari dengan jayanya. Petang hari terakhir, jam 4.30 petang terus shoot pulang ke Putrajaya. Anak-anak tidur sepanjang jalan. Selamat sampai Putrajaya dua jam kemudian.

In sya Allah, tahun hadapan kalau ada rezeki lebih mungkin boleh repeat semula. 

2 busy bees:

juelee said... Reply To This Comment

seme ngekor mami kursus ha.. hihi seb bek abah nya leh cuti skali

Norhidayu Abdullah said... Reply To This Comment

aku setakat ni tak terfikir lagi nak angkut derang.. sebab selalu aku outstaion gi labuan
tak mampu nak angkut smua
eh..penah sekali aku angkut semua.. tp 1 malam je pun. tu pun sbb bengkel kat kajang
tp elma dah setahun ni.. lulus cemerlang dah ekwan tu

Post a Comment