Blogger templates

Kelas Jahitan Jubah : Part 1

Assalamualaikum.











Unplanned.

Sepatutnya hari tersebut husband ada 9 to 5 Run di Putrajaya. Konon tak nak ganggu program beliau tapi tak tahan, saja w.app tanya if dia izinkan saya pergi kelas menjahit.

Tak sangka. Husband bagi green light. Anak-anak dia jaga. 

Jumaat petang terus pergi cari bahan-bahan yang diperlukan. Mostly barang kecil-kecil macam zip, peniti dan gunting kain. Actually, saya dah pernah belajar buat baju kurung masa pregnant-kan kakak dulu. Minat sangat sampai husband belikan mesin jahit. Sedihnya, minat tersebut pergi bagaikan angin lalu sejurus selepas bersalin. 

Lagi satu pun sebab saya kurang sabar. 


Gambar Google

That day, pagi lagi anak-anak dah bersiap nak hantar mummy diorang pergi sekolah. Yes, i told kakak mummy need to go to school. Nanti boleh jahit baju kakak dan adik sendiri. She asked why. I said lepas ni if mummy tak kerja dah tak ada duit nak beli new clothes. Tsk.

Amazingly dia faham. Lepas tu pesan mummy belajar rajin-rajin. Tears.

Sedih lah kunun. Padahal mummy dia cipta alasan nak tinggalkan anak-anak dengan ayahnya hiks. 

Class started at 9.15am. Cikgu sangat muda, mungkin sebaya adik perempuan saya. Pregnant 5-6 bulan. Sangat detail orangnya. Setiap benda yang dia ajar, mesti minta kami stop from doing anything, fokus dengan apa yang dia cakap. Garang juga, sikit.

Cikgu ajar from scratch. 

Mula-mula belajar cara ukur baju. Cikgu edarkan format. Certain ukuran kena divide by two, or four, or eight. Memudahkan kita bila nak start buat pola baju. Sebelum itu, kena kenal apa itu tali tape, dalam bahasa melayunya pita pengukur.




Kena faham dan tahu baca. Nak buat ukuran baju tak boleh apply kaedah perbundaran nombor bulat.

Selepas ambil ukuran badan masing-masing, cikgu mulakan dengan membuat pola. 

Actually at first saya ingatkan cikgu nak ajar jahitan jubah biasa. Rupanya jubah princess cut. Ya memang tengah in. Saya sendiri, mostly jubah yang ada dalam almari baju adalah cutting sebegini.

Cuma satu perkara yang saya tak tahu, susah rupanya nak sediakan pola princess cut ni. Banyak kali berhenti melukis sambil cekak pinggang, atau duduk dengan tangan sebelah pegang pencil dan sebelah lagi pegang kepala. Heh.



Itu adalah lukisan pola saya. Maaflah, saya bukan student kelas art. Kofs.

Berhenti lunch dan solat jam 1 tengahari. Selepas 4 jam pun masih tak ready pola jubah saya. Kawan sebelah dah siap keluarkan kain dari dalam beg. Alahai, nak nangis sebab rasa dah tertinggal walaupun ada juga kawan-kawan lain yang masih blur menghadap kertas minyak.

Dua jam selepas itu, saya dah happy sikit. Ready nak combine pola atas kain.

Excited pin hujung sana sini. Panggil cikgu untuk check, dah siap pegang gunting konon nak siapkan menggunting sebelum balik. Cikgu datang, cikgu pandang dan pegang-pegang sikit.

          "Kak, kain akak terbalik ni"

Aaaaa. Rupanya kain saya terbalik. Maklumlah bawa kain plain yang sepatutnya buat baju melayu husband tahun lepas. Tak tahu mana depan, mana belakang. Excited pun satu hal. Dah dari nak cepat jadi makin lambat. Buka semula peniti, buat semua dari awal. Letih. Masa tu rasa nak sumbat kain dalam beg dan balik.

Kan dah kata. Saya kurang sabar. Haha.



Class bersurai jam 6 petang. Waktu itu saya masih belum menggunting pun. Tapi sebab husband dan anak-anak dah tunggu di lobi kolej, maka simpan semua barang, salam cikgu say thank you dan balik. 

Part 2 akan menyusul kemudian. Kita tengok hasil keras tangan. Hiks.


2 busy bees:

antalya said... Reply To This Comment

mesin jahit simpan..oven pon simpan hihhihi

Anonymous said... Reply To This Comment

slm..sy ada amik picture utk share dlm buletin Puspanita. Picture dlm simpanan sy dh hilang semua. TQ

Nik-bmp

Post a Comment