Blogger templates

Menjadi Seorang Shaolin Baby. Sekali Lagi. Terima Kasih Mummy.

Assalamualaikum.

Few weeks back, Ayra Khadeejah kembali menjadi seorang baby yang suka menggaru. Sekejap garu atas kepala, sekejap garu sebelah telinga. Guess dia mungkin rimas dengan rambut sendiri.

Kemudian naik merah-merah di beberapa bahagian kepala.


Sahlah eczema kembali menyerang. Kulit kering lepas itu mula gatal. Di tambah lagi dengan penghasilan peluh yang kuat di merata-rata bahagian kepala, memang seronoklah menggaru ye dik.

Rambut dah panjang sikit namun belum boleh ikat. Baru nak feeling princess.

Jadi, sebelum keadaan bertambah teruk, marilah kita bersama-sama membotakkan dia.

Galak sangat si baju pink tu gelak ya

Ini kali ketiga kami bawa Ayra Khadeejah gunting rambut kat sini. Saya memang suka tengok Khadeejah botak. Nampak comel, dan putih sedikit hiks. Lagipun mak abah saya kabo, bagus sebenarnya botakkan anak-anak yang masih kecil. 

Lagi bagus kalau dapat botakkan setiap hari ganjil, means hari ke 3, 5, 7 and so on.


Bohonglah kalau tak menangis.

Budak kecil ni kalau tak dapat peluk mummy dia memang sokmo menangis. Jangan ingat saya mendera anak ya. Tak sakit pun, lebih kepada takut sebenanrnya. Lagipun saya nampak dengan mata sendiri how mamak tu cukur kepala Khadeejah. Slowly and gently.

Tak sampai 5 minit. Dapat balik ke mummy dia terus senyap. Drama sangat.


Dan itu dia. Shaolin kesayangan mummy hiks.

Tak apa Khadeejah, rambut boleh tumbuh lagi. Jangan disedihkan. Kalau rambut panjang tapi tergaru-garu pun tak guna juga kan?.


2 busy bees:

nadeera said... Reply To This Comment

nanti pjg la rambut tu nanti yer deeja..baby lagi takper,,comel jer botakhead hehehe

Norhidayu Abdullah said... Reply To This Comment

frust aunty kau nak...tp dibotakkan demi kesihatan
aunty redho je lah..

Post a Comment