Blogger templates

Mr. DIY

Assalamualaikum.

Menjadi satu kemestian bagi keluarga kami sekarang untuk berkunjung ke Mr. DIY. Sejak kenal-kenal setahun yang lepas, asal ada benda nak cari mesti menuju ke Mr. DIY dahulu. Bukan apa, barang-barangnya ada yang murah dan berkualiti. Of course bukan semua berkualiti dan berbaloi dengan harga.


Selalunya saya dan keluarga akan ke Mr. DIY Bangi sebab itu yang terdekat. Kalau visit adik saya yang di IMU tu, singgah juga ke cawangan di Endah Parade. 


That day pergi Mr. DIY sebab nak mencari periuk. Vision yang saya guna untuk masak bubur Khadeejah dah pecah, jadi niat nak menggantikan dengan periuk baru. Pusing-pusing tak ada pulak periuk yang menarik. Banyak yang steel macam ni, saya tak berapa gemar. Harga not bad, starts from RM2.90 sehingga ke RM20 lebih.

So tak dapatlah periuk baru untuk Khadeejah.


Syok sangat bila tengok benda-benda macam ni. Tengok sajalah tak dapat nak menambah apa-apa. Dapur sekarang dah tak muat nak simpan lagi. Kabinet pun dah penuh. Tunggu saja lah kalau ada rezeki pindah rumah baru, memang kena built-in kitchen cabinet besar sikit.

Banyak kali pusing sana sini tak ada apa yang berkenan di hati.


Sampailah dekat section ini.

Terus penuh satu troli. Sebab dua tangan saya campur dua tangan Alia duk ambil dan masuk dalam bakul. Amboi mentang-mentang murah semuanya nak dibeli kan.

Sebelum bayar, saya filter dulu mana yang okay. Sand art tak beli dah sebab Alia tak berapa suka. Lagipun bersepah susah nak mop. Saya lagi prefer foil art, atau felt craft. Lagi satu, masa anak buat semua aktiviti ni, memang saya ada sekali untuk pantau. Dah tak menyibuk nak buat sama macam mula-mula dulu, sebab dah kena marah haha.

Total damaged untuk 10 buah aktiviti adalah RM26.10. Murah sangat bila compare dengan aktiviti diluar rumah every weekend. Makan, minyak kereta dan kena pow dengan anak belum tentu kurang dari RM50.


Untuk senarai cawangan Mr. DIY, boleh refer sini : Mr. DIY 


** Jangan bosan. Belum habis lagi tsunami Mr. DIY ni ngeeeee**

3 busy bees:

Norhidayu Abdullah said... Reply To This Comment

jadik duta MrDIY dah kawan-kawan aku semua
kena minta royalti ni..

nanonano said... Reply To This Comment

ehh?? aku msuk website diy ke ni???

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

haha. MRdiy dihatiku.

Post a Comment