Blogger templates

Nasi Lemak Sotong & Seafood Fresh Banting

Assalamualaikum.

Public holiday sempena Hari Pekerja yang lepas. A night before husband dah whatsapp suruh bangun awal sebab nak ajak pergi Banting.

Ngade. Duduk satu rumah pun nak wasep kan.

Esoknya yang tak berapa nak awal sangat, berangkat kami sekeluarga ke Banting. Rupanya tujuan utama husband nak pergi beli ikan fresh. Gituh. 


Singgah breakfast di kedai makan tepi jalan ni. Husband kabo nasi lemak sotong dia sedap. Memang ramai yang makan situ even dah hampir jam 10 pagi. Terus pergi ke kaunter, ambik nasi lemak dan sambal sotong. 

Rupanya rezeki saya saja yang dapat. 


Orang-orang lain yang tak dapat, mereka memujuk hati dengan makan roti canai saja. Nak buat macam mana, takdak rezeki namanya tu hiks.

Keluar awal maknanya tak ada lah food for Khadeejah.

Maka pasrahlah Khadeejah pagi-pagi breakfast nasi lemak kehkeh, tak sangka banyak juga dia makan. Terpaksa mummy tambah nasik sepinggan lagi.



Lepas kenyang perut, perjalanan diteruskan lebih kurang dalam 20 km. Daripada kawasan pekan, masuk jalan kampung. At first saya ingat nak pergi beli ikan di kawasan tepi pantai (imagination) rupanya beli dekat kedai dalam perkampungan nelayan.

Masa sampai, box-box ikan baru turun dari lori. 

Fresh, dan murah. 


Ternganga tengok macam-macam jenis ikan. Besar-besar pulak tu. Seriously mengingatkan saya dengan pasar basah dekat Semporna, Sabah. Ah rindu betul nak balik rumah mil tapi penakut nak naik kapalterbang. 

Boleh macam tu. Heh.

Masa pilih tu nampak dua box udang kelabu. Dah lama tak beli udang sebab harganya yang mahal. Di pasar Putrajaya cecah RM35 sekilo. Pandang sebelah mata sajalah, tak sampai hati nak beli.


Saya ambil sekilo setengah udang kelabu, 1 ekor ikan siakap laut sederhana besar, 3 ekor ikan jaket sederhana dan 8 ekor ikan kembung semuanya berharga RM40. 

Berpinar biji mata rasanya.


Balik tu terus masak ikan jaket. Rasa lain sikit mungkin sebab ikan masih fresh. Ikan-ikan lain kita simpan dalam tupperware, masuk fridge. Udang tu menggiurkan sangat. Husband kata rugi pergi jauh-jauh beli ikan kecik haha. Lepas ni kalau ada rezeki nak repeat beli ikan besar-besar dan udang laut. Sesekali puaskan nafsu makan, tak apa kot kan.

8 busy bees:

Norhidayu Abdullah said... Reply To This Comment

perrghh ann.. kalau aku dh gi jauh-jauh ni, mau kerapu, ikan merah, tenggiri yang aku borong. dah lah murah.. ikan kembung je kau beli beb..
mmg kena repeat lagi lah jawabnya

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Norhidayu Abdullah kahkah kesian kan. nampak sangat malas masak muahaha. insya allah this week nak repeat. beli ikan besar ah kite this time hiks

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

murah ann. huiiii. best2.

nanonano said... Reply To This Comment

hummmm... *pandang sepi*
ekekekke sni hari2 blh dpt segor n muroh. ecehhhh, kerek jugokkkkk :p

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano krik krik krikkkkkk. cengkerik berbunyi.

Cikrumah said... Reply To This Comment

Assalam..boleh tahu tak kat area mana ya perkampungan nelayan ni..pantai kelanang ke?

Cikrumah said... Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
Cikrumah said... Reply To This Comment

Assalam..boleh tahu tak kat area mana ya perkampungan nelayan ni..pantai kelanang ke?

Post a Comment