Blogger templates

Resipi : Bebola Ikan Tenggiri

Assalamualaikum.

Sejak baca satu entry Kak Di (Diana Ishak Green Apple), asyik teringat-ingat resipi bebola ikan tenggiri dia. Nampak menyelerakan sungguh. Selalu nak masak sup sokmo pakai fish ball ready made. Bukan tak sedap, cuma nak merasa buat bebola home made hiks.

Petang lepas balik office singgah pasar. Kebetulan ada pasar malam dekat Presint 2. Every Selasa dan Jumaat. Bahan basah fresh cuma agak mahal.

Gambar ehsan Google

Satu slice ikan tenggiri berharga RM6.50

Sebenarnya ini kali kedua saya buat bebola ikan fresh. Pertama kali buat, saya gunakan ikan kembung. Masa tu excited sangat nak cuba, tapi tak ada ikan yang sesuai dalam peti. Pakai apa yang ada ja haha.

Memang menjadi bebola ikan saya. Fresh dan manis. Cuma tak berbaloi, dua ekor ikan cuma dapat dalam 7-8 biji bebola size sederhana.

Faktor ikan banyak tulang mungkin.


Ambil isi ikan. Masuk dalam lesung batu bersama-sama sebiji bawang putih. Jangan main-main, ini lesung dah berusia hampir 8 tahun. Banyak jasanya.

Pastikan tulang semua dibuang ya. Saya siap lenyek semuanya dulu pakai tangan. Takut ada tulang yang tertinggal. Maklumlah anak dara sulung saya trauma nak makan ikan disebabkan kes tercekik tulang. Jadi saya yang dulu kena pastikan tak ada tulang dalam ikan yg dia makan.

Ya. Dia check setiap ikan yang saya masak. Kalau confirm tak ada tulang baru dia telan.


Tak perlu tumbuk sepenuh perasaan. Perlahan-lahan sudah. Jangan bazirkan tenaga anda untuk perkara yang tidak perlu. Gituw.

Bila dah lumat isi ikan dan bawang putih, bolehlah dibentuk bulat. Ikut keselesaan mulut yang nak mengunyah. Sebab mulut saya dan anak-anak kecil, maka size bebola pun sedikit kecil. Boleh mcm tu haha.


Alhamdulillah satu slice ikan tenggiri saya dapat lebih kurang 30 biji bebola ikan size kecil. Untuk Khadeejah, once nak masak nanti kita cubit bagi size lagi kecil. Agak-agak dia boleh masuk mulut sekali suap.

Masuk dalam tupperware dan freeze kan. Nak masak nanti tinggal defrost dan masuk dalam sup.

Eh. Satu lagi pesanan Kak Di. Make sure masukkan bebola time sup sedang mendidih. Saya tak pasti kalau masuk time tak mendidih apa jadi, mungkin bebola berderai. Wallahualam. 

8 busy bees:

izzatul azma mohd asri said... Reply To This Comment

aku pun sejak baca entry Kak Di tu, sokmo buat sup bebola tenggiri hehe senang pun senanggg

nadeera said... Reply To This Comment

nak mee calong 1..bila nak dtg rajin ni buat bebola2 ni..tgk sedap dah

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nadeera Tengok pun dah sedap kan, konfemlah rasa lagi sedap kahkah nk muntah baca kan.

ok sat g mintak resipi mee calong.

nadeera said... Reply To This Comment

kalau kakak boleh mkn tanpa ada complain kat ami dia,maknanya sedap r tu.hahahah

Norhidayu Abdullah said... Reply To This Comment

nak order boleh? akak pemalas

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

tak yah buh garam eh ann? huiiii aku tgk pon dah terliur.

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Norhidayu Abdullah boleh babe satu biji singgit amacam?. kahkah

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Intan and The Boys tak perlu. buh garlic sajo nanti dh masak baru manis ikan tu terase. aummm dapnyeeee

Post a Comment