Blogger templates

Resipi : Tomyam Seafood Air Tangan Mummy

Assalamualaikum.

Last few weeks kami sekeluarga kan ada pergi dinner dekat Restoran Thai Tomyum Kung. Makan tomyam dia pergh teringat-ingat sampai sekarang. Walaupun mahal sedikit, tutup mata sajalah sebab memang sedap baq hang.

Sebenanrnya saya bukan tak pernah masak tomyam. Banyak kali. Tak terkira tapi semuanya menggunakan instant cube Knorr. Masak air, masuk cube dan bahan lain. Rebus sehingga mendidih. Siap untuk dimakan.

Sapsapsoi. Alia pun boleh buat agaknya haha.

Jadi bila ada geng yang rajin ke dapur (Julee lah siapa lagi) bagi resipi dan ada fresh seafood dari Banting, maka membuak-buak dalam dada nak masak tomyam. Exaggerate. Rupanya mudah sangat nak buat tomyam from scratch. Itulah, tak tahu tapi tak mahu bertanya, kan dah sesat jalan tsk.


Ini saja bahan yang diperlukan untuk menumis.

Bawang merah. Bawang putih. Cili kering. Blend sehingga hancur dengan sedikit air. Kalau pakai hand blender rasanya tak perlu buh air. Rasanya. Sebab saya tak ada hand blender kofs. Kemudian ketuk serai dan lengkuas.

Tumis bahan blender sehingga kering. Masuk serai dan lengkuas. 


Masukkan udang. Nak letak ayam pun boleh. Tambah sedikit air.

Bila udang dah separuh masak, masukkan potongan ikan siakap. Ya, saya excited sikit sebab ini kali pertama saya masukkan ikan dalam tomyam. Sedih bunyinya kan.

Perahkan limau nipis dan daun limau purut. Dah mendidih, terus matikan api. Angkat dari dapur. Taburkan dengan daun ketumbar. 

Perghh bau dia memang kembang kempis hidung dibuatnya. Hahaha.



Dah jom makan.

4 busy bees:

Ainul Mustafa said... Reply To This Comment

Boleh try jgk ni

nanonano said... Reply To This Comment

perghhh menusuk gak baunye smpai sni,
bijok ahhhh

Norhidayu Abdullah said... Reply To This Comment

peergrhhhh..lps ni viral lah tomyam resepi jue ni
aku pun nak cuba lah
sama macam ko ann..asyik bergantung harap kat kiub
lps ni bleh say byebye kat kiub

Ana Lyana said... Reply To This Comment

wow, harus dicuba iniiii...!

Post a Comment