Blogger templates

Review : Diagnosis II

Assalamualaikum.

Eh sejak bila pulak bertukar profesion menjadi seorang peng-review novel ni?. Erk, vocab memang selalunya kelaut jadi abaikanlah.

Novel ini adalah sekuel daripada novel pertama bertajuk Diagnosis. Saya tak baca pun keluaran yang pertama, sebab masa itu macam "eeeee novel apetuw, macam tak best je, macam pale je warna buku dia, tak menarik" and the complaint keeps on continue.

Saya bukan peminat novel. Especially novel melayu yang in seperti Suamiku Encik Perfect 10, Suamiku Ustaz, ataupun Suamiku Encik Sotong. Tak masuk kepala. Haha. Kadang-kadang baca english novel yang light, yang tidak terlalu berat untuk di digest oleh kepala.

Gambar Google

Terima kasih adikku kerana berkongsi kegembiraan dengan memberi voucher MPH bernilai RM50. Ok dah jom kita pergi beli buku. Haha.

Actually, pertama kali tahu mengenai buku ini adalah melalui blog doktor muda Fatin Liyana. Dari zaman dia student sehingga sekarang dah bekerja dan dah nak kawin pun, still follow blog FL. Beruntunglah bakal suami, beauty with the brain omputeh kata.



Berbalik kepada novel. Itu tajuk sekuel tersebut. Diagnosis 2.

Kalau yang pertama hanya dengan 3 org writers, yang kedua lebih ramai penulis dan lebih tebal. Diagnosis 2 ada 6 orang penulis yang kesemuanya doktor. 358 mukasurat dengan penulisan bercampur melayu dan inggeris. 

To be honest, Dr. Anwar Fazal (AF) dan Dr. Fatin Liyana (FL) perlu perbaiki lagi mutu penulisan. 

Format sedikit berterabur di dalam karya Dr. AF. Sorry, mata saya memang tajam sikit bab ini. Perlu spacing selepas noktah, selepas koma. Make sure semuanya selari, if setiap conversation berakhir dengan noktah, maka keseluruhannya haruslah begitu.

Gittew. Komen juri sangat. Kofs.


Penulisan Dr. AF paling terkagum. Solat adalah ubat.

"Jangan cari kami sebelum cari Tuhan terlebih dahulu kerana yang memberi pertolongan dan yang menyembuhkan adalah Dia, dan kami hanya perantara".

Nak like 1 juta kali. Boleh?.



Penulisan lain seperti Dr. Aizzat, Dr. Beni, Dr. Mafeitz dan Dr. Mahyuddin nampak lebih realistik dan bersahaja. Mungkin sebab mereka lebih berpengalaman. Wallahualam. 

Terpaling menjadi kesukaan saya adalah yang bertajuk "Dear Diary" hasil tulisan Dr. Azah. 

Manakala cerita yang paling terkesan dalam hati adalah nukilan panjang dari Dr. Aizzat bertajuk "Norad". Habis baca duk lap-lap airmata dengan sapu tangan Khadeejah. Tsk.



Satu perkara yang bagus mengenai buku ini, ianya mengembalikan kita kepada yang Haq. Hidup ini hanya persinggahan sementara. Tujuan kita hidup tak lain tak bukan adalah untuk menjadi hamba. 

RM30 untuk buku sebegini?. Its totally worth buying.

Allahualam.



2 busy bees:

Norhidayu Abdullah said... Reply To This Comment

ambooi akak, berkembang kerjaya nampak..
eh pinjam bleh?
photostat.. hahaha..apa ingat zmn belajar apa, phoostat buku

Hannah Johary said... Reply To This Comment

Wahhh kena beli macam ni! Besok beli! HAHAHA!

Post a Comment