Blogger templates

Review : Restoran Senandung Malam

Assalamualaikum.

Hari ni nak story tentang tempat dinner kami masa pergi Avani last week. 

Stay di Avani satu malam ja, so that evening kami makan di area hotel. Sebelum itu memang ada survey mana tempat makan sedap. Sebelum ni pernah pergi sana day time makan lunch dekat restoran ape tah (tak ingat nama) Allahu teruk sangat rupa kedainya. Lepas itu banyak lalat. Erghhh geli.


Selepas study sedikit, ramai yang cadangkan makan di Restoran Senandung Malam, Ikan Bakar Wak Sehab & Seafood. Amboi kemahen panjang nama kedai kohkoh.

Masa kami sampai tak ramai lagi orang, maybe sebab weekday dan masih awal. Aman sangat nak pilih seafood.


Udang laut RM60 sekilo. Nangis haha. Dekat Banting hari tu harga RM40, rugi tak beli. Tapi tak apa, dapat juga beli masa on the way balik Putrajaya. Mahal sikit. Dapat setengah kilo pun jadilah nak buat rasa-rasa. Eceh macam mengidam pulak kan.

Service terbaik. Tak perlu tunggu lama.


Siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar dan sate 20 sticks. Cost us RM60 termasuk air dan extra nasi. Berbaloi. Murah dan yang paling penting sedap, dan juga tak ada lalat so sangat tenang nak makan hiks.


Map dari Avani. Walking distance saja katanya. Memang dekat tapi kalau ikut kiraan tapak kaki sendiri, kemungkinan akan mengambil masa lebih dari 9 minit. Haha.

So pada sesiapa yang kebetulan ada di Bagan Lalang dan mencari tempat makan, restoran ni agak berbaloi untuk dicuba. Kalau datang malam lagi happening rasanya sebab betul-betul berhadapan dengan pesisir pantai Bagan Lalang.


1 busy bees:

NURUL JAMIAN said... Reply To This Comment

Avani ni biasa aku kalu pergi bagang lalang lalu lah avani ni. bagan lalang ni kalau orang banting macam tempat persinggahan hari minggu mcm tu sebab dari morib nak ke bagan lalang kalau dah biasa tak jauh mana. nak beli bahan laut yang murah biasa orang banting beli kat batu laut atau area morib sana. tapi memang banting terkenal dengan hasil laut yang murah. nak lagi murah subuh dah tunggu jeti nanti orang nelayan baru mendarat. memang berbaloi-baloi

Post a Comment