Blogger templates

Review : Restoran Thai Tomyam Kung

Assalamualaikum.

Quite sometimes saya mengidam (ke?) pulut mangga. Puas bertanya sana-sini mana nak cari. Teringat ingat pulut mangga yang kami makan dekat Krabi dulu. Ya Allah sedapnya.


Sampai satu tahap kawan blog tag dekat FB orang jual pulut mangga. Kelakar occay kalah orang mengandung. Alkisahnya yang dekat FB tu minimum order 5 packs, terpaksa la tahan-tahankan ailio dari meleleh sebab kalau order confirm muntah mangga lepas tu.

So satu hari, lepas balik kerja ajak hubs pergi restoran thai dekat area Presint 15. Selalunya tengok saja dari luar, tak pernah teringin nak masuk. Cuma kali ini mengenangkan pulut mangga, ku paksa jugak haha.


Area depan restoran agak eksklusif. Area belakang a bit santai, open area pakej dengan angin sepoi-sepoi. 

Bila dah masuk tempat macam ni, takkan nak order pulut mangga saja kan. 



Paprik ayam. Sedap sengoti kata orang Kelantan.

Mula-mula order nasi satu piring sebab husband saja yang nak makan. Sekali sampai lauk, Alia dengan mak dia pun selok nak makan sama. Okay kita order lagi dua pinggan nasi. Disamping itu tambah semangkuk tomyam campur.

Amboi sedap main order tak tengok harga kofs.


Tomyam campur terbaik dari ladang. Seriously.

To be honest ini kali pertama saya makan tomyam ada ikan di dalamnya. Peghak ork?. Kesian. Selalu makan atau masak tomyam haiwan-haiwan yang wajib ada cuma udang, sotong, ayam dan daging.

Dalam mangkuk kecil tu ada sepotong ikan siakap (anggaran  tebal 1 1/2 inch), dua ekor udang besar, 1-2 ekor sotong dan sayur. Portion memang nampak kecil tapi cukup. 


Yeay, gerangan yang ditunggu tunggu telah pun tiba.

Presentation memang vavavoom, terus rasa nak nangis kofs. Nak nangis akhirnya pulut mangga depan mata. Poyo sangat. Tapi lepas itu, memang nangis betul sebab tak sedap. Mangga dan pulut okay tapi kuah santan tu manis leting.

Terus rasa macam nak kena diabetes.


Jangan membazir, sebab itu amalan syaiton. Walaupun terkulat-kulat saya mengunyah, dengan bantuan suami dan Khadeejah, akhirnya berjaya habis juga. Eh, Khadeejah cuma makan mangga, suami pula habiskan pulut dan santan. Total damaged petang hari tersebut adalah sebanyak RM40.80. Termasuk GST heh.

Alhamdulillah. Moga bergembira perut dan anak tekak sebab berjaya memenuhi keinginan mereka. 

Sekian cerita mengidam saya. 




4 busy bees:

antalya said... Reply To This Comment

cantik gambo last skali tu...mangga menyerlah

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@antalya kena serlahkan mangga lah sebab orang yg makan mangga, malu nk menyerlahkan dirinya kehkehkeh

Afziha Hafiz said... Reply To This Comment

Tempat favorite nih! Tomyam di ammg terangkat. Lama dah tak makan sini. Skrg banyak ke Ayers 8 je sbb dekat dgn HQ.

nanonano said... Reply To This Comment

cehh, patot bru ni org tu buat tomyam buh ikan, kohkofff
hr tu aku g mkn kt rest mali dengkil kot,
tomyam pok tek, lg la serba mak nenek ade dlm tu,
kepah ketam udang ikan sotong, eeerrrgghh naik serabut lak aku, bhahahhaha

Post a Comment