Blogger templates

ButikTudung Murah @Ayer8 :Butik Nurhannah

Assalamualaikum.

Sejak pakai naelofarhijab memang jarang sangat beli tudung offline. Selalu beli online instagram neelofa atau agent-agent dia. Online ni yang tak bestnya kena bear cost extra iaitu postage heh, memang tak mahal sangat tp kalau sepuluh kali beli dah boleh dpt sehelai tudung lagi ok.

Bila dah serasi bersama memang susah nak bertukar ke tudung lain. Sebab dah sedap, dah biasa.

Maka pada suatu hr yang indah, ada lunch date dengan kawan baik dekat Fuel Shack @ayer8. Exact location depan sikit daripada hospital bersalin berisiko rendah presint 8. Actually saya baru sekali sampai sana, itupun pergi makan kedai mamak yang mahal dan tak sedap. Tak tahu pun dalam tu penuh dengan kedai makan sedap-sedap. Ergh.




Lepas lunch, kawan baik ajak singgah kedai tudung. Sebenarnya on the way nak jumpa dia, saya dah perasan kedai tu. Bergantung-gantung tudung dengan tag serendah rm10. Excited juga nak masuk tp bila memikirkan saya tak pakai tudung design mcm tu maka cancel sajalah. Tapi lastly terpaksa jugak masuk sebab besan dah  ajak kohkoh.

Seriously tudung depa pada saya sangat murah. Instant shawl macam NH tu berharga RM35, material sama (cotton lycra). Shawl halfmoon/butterfly bermula harga RM10. Euwww memang sakit mata dan sakit poket. First visit saya jenguk-jenguk saja. Sebab keghairahan nak membeli tu tak datang lagi.

Second time ke sana untuk lunch date bersama kawan-kawan baik yang lain (blog later okay hehe) memang tak dapat dah elak dah. Memang kena beli. Walaupun that day shopping sambil mendukung Khadeejah, saya tidak patah semangat kohkoh dapatlah 3 helai tudung instant yang berdagu tu. Aishh dah macam Dr. Muhaya lagaknya. Tak apa, ambik aura positif beliau hiks.

Sehelai instant Nurhannah dari kain denim, dan dua helai instant cotton lycra dari Citra Aida. Both soft awning. Ya, soft awning memang sesuai utk org malas mcm saya.


Memang bestlah butik ni, pilihan banyak dan harga berpatutan. Tudung tudung saya bersaiz L semua berharga RM20 sehelai. Sekarang ni brand letak tepi dulu, harga yang penting. If berbaloi grab sajalah. Maklumlah kita sekarang dah tak bergaji, tapi perasan macam masih bergaji nak shopping sana sini kan huks.

Okay, if you guys berminat boleh singah ke @Ayer8 Presint 8, Putrajaya. 

Till then.

0 busy bees:

Post a Comment