Blogger templates

Kelas Jahitan Jubah : Part 2

Assalamualaikum.

Sambungan dari Kelas Jahitan Jubah : Part 1. Entry basi mihmih.

Kelas the following week, hari dan masa yang sama. Kakak Alia dah start complaining why mummy asyik nak pergi sekolah kofs. Mummy tengah excited nak, jadi biarkanlah. Nanti kalau excited dah hilang confirm mummy dengan sendirinya mencari jalan pulang muahaha.


Semangat belum pudar. Gituh.

Dengan rescue team dari Johor datang malam sebelumnya bersama mesin jahit tepi (ganas betul jauh dia import kan heh!) maka siaplah step terakhir seperti yang diarahkan oleh cikgu menjahit minggu sebelum itu. Takut sangat tak siap tau, serious lama sangat tak rasa takut mcm ni.

Starts ja kelas, cikgu terus suruh ambil seat di mesin jahit. Siapa yang tak siap kena queue dekat mesin jahit tepi yang cuma ada 2 ketul. Sudahlah mesin industri, kalau tak pernah pegang mesin jahit memang boleh rabak kain dibuatnya.

Kali ini memang tak ada masa sangat nak moving around dan skodeng meja kawan-kawan lain. Excited pada mulanya part menyambung bahagian-bahagian mudah seperti badan baju dan bahu. Masuk bahagian lengan, nak buat cuff terus down. Biasalah saya kan almost to perfectionist gituw. Kalau boleh semua nak cantik, nak lurus dan rata. Tak sedor diri tengah belajar. Adatlah kalau ada yang tak sempurna.


Geng menjahit yang mostly adalah bos-bos dan orang veteran.

Berhempas pulas nak siapkan menjahit sehingga part leher dan zip belakang (boleh juga nak apply kaedah sama untuk zip depan) sebelum lunch hour. Kemudian after lunch cikgu sambung mengajar nak sambung lengan, sambung cuff dan jahit bawah baju. 

Alhamdulillah siap baju saya tepat jam 6 petang. Hasilnya sangat menyedihkan kerana baju telah sedikit senteng kohkoh. Mungkin sedikit emosional semasa memotong dan menjahit tepi sebab sudah penat dan tak cukup tenaga eceh. 


Gambar yang ada setakat sebelum berhenti rehat tengahari. Lepas itu memang tak sempat pegang camera haha. 

So far saya dah boleh imagine mcm mana nak buat pola baju, nak menggunting dan menjahit. Cuma nak mulakan kena betul-betul ada mood, dan berada dalam keadaan tenang yang maksima kofs. 

Puas hati sangat dengan kelas berharga RM40 saya boleh hasilkan jubah begini walaupun ada cacat cela sedikit di akhirnya. Insya Allah nanti kalau mesin jahit saya sudah pulang ke pangkal jalan, jubah ini akan di alter sebaiknya. 

So kalau kalian berminat nak join kelas menjahit, atau apa-apa kelas lain yang di conduct oleh Kolej Komuniti, boleh refer website mereka. Macam-macam kelas ada dengan harga yang sangat berbaloi. 

3 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

so mne baju dh siap?? show off lewwww

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonano baca skip-skip lettuw. kan dah kabo, kena alter lagi sebelum boleh pakai. tunggu mesin jahit sampai lah ya hiks

Afziha Hafiz said... Reply To This Comment

Annnnnn!!!!! Bila nya mai kolej ni? Apasal tak helllooooo

Post a Comment