Blogger templates

Online Shopping : Rayyan Haya

Assalamualaikum.

Lama sangat dah rasanya tak beli barang secara online. Last was dresses from @dressuntukkita beberapa hari sebelum GST started. Lepas itu naik harga terus merajok dan puasa shopping quite some times.

Kofs.

Sehingga lah minggu lepas akibat menerima tunggakan kenaikan gaji tahunan yang seciput itu (walaupu seciput, besar maknanya pada diriku ini ecewah) maka merasalah membeli setelah beberapa bulan buka-tutup-buka-tutup website RH hiks. 

Model lawanya masya Allah. 

Jubah RH ni ada banyak series. Yang paling berkenan di hati adalah Nura Basic & Nura Basic+ sebab nampak simple. Basically, cutting jubah adalah yang biasa, A-cut. Macam jubah-jubah yang saya selalu pakai masa sekolah di asrama penuh dulu. Loose. Material dari Koshibo (imported), wudhu' dan nursing friendly (wajib!). Kain tebal dan ada hidden side pocket. To be honest, kain dia sedikit kesat/kasar compared to dull satin. 

Nura Basic dengan front zip dan bentuk leher membulat manakala Nura Basic+ mempunyai kedua-dua front dan back zip, probably cater untuk orang-orang yang berbadan sedikit besar, dan bentuk leher bersegi sedikit (refer gambar saya di bawah). 

Harga online untuk sehelai Nura Basic RM85, manakala Nura Basic+ RM95. Tapi bila beli 3 helai ke atas, harga sehelai menjadi RM75. Berbaloi-baloi sangat. 



Terdapat lebih dari 10 warna yang ada. Rambang mata oi nak memilih.

To be honest, saya lebih suka berjubah sekarang ini. Senang nak kemana-mana dengan jubah saja. Baju kurung pun boleh dikira berapa helai saja yang masih muat hiks. Sebab utama pemilihan jubah of course kerana ada front zip yang memudahkan kerja-kerja penyusuan. Gitu.

Dalam masa sama, nak memaksa diri sendiri untuk melupakan terus seluar-seluar lama dalam almari. Action has been taken, slowly. Harapnya istiqomah.

Ok dah lari topik.



So inilah pilihan saya untuk kali pertama pembelian di RH. Unsabar nak pakai, tunggu raya nantilah. Ops dah reveal pulak warna tema raya kite tahun ni, tak seperais dah la kohkoh.

Berminat?. Nah website Rayyan Haya' untuk cuci-cuci poket. 

1 busy bees:

mamaelly said... Reply To This Comment

ann...tq bagi info...wei gila aku tgk website dia wei...semua sale!!!

Post a Comment