Blogger templates

Progress Report : Tadika Vonad Presint 18

Assalamualaikum.

Well ini cerita basi few months back. Dapat surat from school bagitahu ada Teacher-Parents Meeting on Saturday, our time pukul 10.15am. 

So pagi tu breakfast di luar. Ate meeting pagi (sangat) so mommy dia tak sempat masak breakfast kohkoh. So off we go to mamak's had our light breakfast then pergi sekolah. Sampai aja tengok masih tak ramai orang, maybe too early. Our time tak sampai lagi so pusing-pusing sekolah tengok kelas budak-budak lain. Kasik Khadeejah tengok suasana insya Allah if mommy dia kena kerja semula maybe this is the place she have to stay then.

As usual budak baru dapat kaki memang excited lari sana sini.

Masa jumpa teacher, dia explain how Kaiyisah's progress at school. Nampak dia mcm malu-malu dengan orang kalau dekat luar. Bila cikgu kabo dia sangat friendly so mommy ayah terus tengok muka sesama sendiri haha. Macam tak percaya. Actually its good, teacher kata senang nak mingle around kawan-kawan dia. Alhamdulillah syukur pasal suatu masa dahulu Kaiyisah bukanlah seorang yang begitu. Mungkin usia dah makin besar buat dia makin matang eceh ayat mommy ko pun hahaha.


Masuk part belajar, teacher inform progress dia agak moderate. Tak terlalu lambat but still boleh catch up. Tak apa mommy ayah faham. Sebab dia baru starts sekolah betul this year, itupun masuk kelas 6 tahun instead of 5. Ya Alia Kaiyisah baru 5 tahun, masuk sekolah terus kena belajar syllabus 6 tahun sebab next year dia kena masuk primary school.

Meeting around 20 mins lepas itu ada light refreshment. 

So far kami bersyukur dengan progress yang moderate tetapi ada peningkatan. Sehingga ke hari ini Kaiyisah dah masuk buku 5 Bacalah Anakku, dah boleh membaca perkataan dan ayat (dua suku kata) dengan lancar. Tidaklah amazing sangat pencapaian tersebut compared to anak anak kawan lain, at least dia dah tahu membaca then dah boleh tarik nafas lega. Sikit. Hehe.

5 more months dekat Vonad lepas itu school holiday sebulan. Hopefully by the time Kaiyisah dah boleh membaca sepenuhnya. Auw time flies so fast tetibe je rasa nak tahun depan dah haha.

That's all. Bye.

0 busy bees:

Post a Comment