Blogger templates

Resipi : Puding Roti & Sos Kastard Sedap

Assalamualaikum.

Sorry spam banyak entry tentang resipi dan gambar makanan. Bulan Ramadhan macam inilah, tak dapat makan, dapat tengok gambar makanan pun jadi. Saya suka sangat share resipi dessert. Lauk pauk ni tak gemor sangat sebab tak berapa pandai masak kofs. 

This time nak share resipi puding roti.

Sebetulnya dulu saya tak suka puding roti. Rasa geli. Mungkin sebab bila roti kena siram dengan susu jadi kembang, then di bakar texture dia lembik euwww. Rasa macam eh apebenda lah macam ni pun boleh jadi dessert. Gitchu.

Ok nak share resipi. Ini first time saya gunakan resipi ini and turns out well.

Puding roti.
4 keping roti
1 cawan susu full cream
1 biji telur
1 1/2 sb gula halus
2 sb butter
Sedikit esen vanilla


Carikkan roti dalam loyang/muffin cup. Campur susu, telur, gula dan esen vanilla dalam bekas lain, kacau sebati. Tapis. Tuang dalam roti tadi. Letak sedikit butter di atasnya. Boleh hias dengan kismis (rebus dahulu lg crunchy) atau choc chip.
Bakar 160c anggaran 15 minit
(Saya buat dalam muffin cup so masa bakar sekejap, kalau loyang besar dlm 30 minit)


Sos Kastard.
1 1/2-2 cawan susu cair
1 1/2 sb tepung kastard
1 1/2 sb gula halus
1 sb butter
Esen vanilla


Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan biar sejuk.


1 busy bees:

Ana Lyana said... Reply To This Comment

Tq ann, teringat ada roti kat rumah tu.. leh la buat nanti...

Post a Comment