Blogger templates

SAHM : Week 2

SAHM : WEEK 2

Asaalamualaikum.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, sebaik baik perancang. Memasuki minggu kedua saya bercuti menjaga anak (separuh gaji) saya sangat tak sabar untuk memberitahu yang i am a happy mom ever. 

Bukan semua dapat peluang seperti yang saya dapat. Mungkin ada hikmahnya Khadeejah sakit berulang ulang. Allah beri saya peluang untuk menjaga anak sendiri, seperti yang saya mahukan sejak bersalinkan kakak, dulu lagi.

Waktu kakak dulu, tak ada peluang. Saya bekerja dan belajar. Masa kakak alhamdulillah dia tak selalu sakit until dia kena fit at 2.5 years old. Memang sejak itu ya Allah terasa nak berhenti kerja dan jaga anak sendiri. Cuma peluang tu Allah belum kasi, :)

Actually few times peads request utk saya jaga anak sendiri di rumah. Khadeejah dia macam sensitif sikit. Maybe sebab dia preterm baby, lepas itu eczema yang menyebabkan dia menjadi seorang vegetarian quite some times. Appointment kedua dengan peads, beliau minta juga saya untuk bagi any protein dalam foods Khadeejah if not mcm mana dia nk built her own immunity. Haaa gitu katanya hiks.

Berbekalkan surat doktor, saya mencuba nasib. Firstly saya apply for 3 months cuti separuh gaji dan 4 bulan cuti tanpa gaji. Surat saya hantar lebih kurang dua bulan sebelumnya. Sedikit kesilapan, kecuaian manusia (benda biasa!) permohonan saya hanya sampai ke bahagian pengurusan dua minggu sebelum mula bercuti.

Frust juga tapi redho saja lah. Ada rezeki, ada.

Akhirnya pada hari terakhir sebelum memeulakan cuti, permohonan saya diluluskan. Untuk 14 hari yang pertama. Selebihnya perlu kelulusan peringkat seterusnya insya Allah dalam masa beberapa hari. Saya masih menanti jawapan dengan doa semoga semuanya dipermudahkan.

So far menjadi seorang 'stay at home mom' bukan benda mudah. Handle office work lagi senang sebab ianya tak pandai melawan hahaha. Bukan nk kata anak-anak suka melawan tp yelah kita cakap a dia buat z. Kena banyak sabar.

Dan alhamdulillah, Khadeejah sepanjang masa bersama saya (dan beberapa minggu sebelumnya dalam penjagaan adik ipar saya) dah kurang sakitnya. Ada juga batuk teruk dan demamS tapi terkawal. Tak adalah sampai dua tiga kali seminggu terpaksa nebulizer. Ada juga pergi hospital tapi hanya utk check macam mana keadaan lungs dia. Last visit, memang ada sedikit infected so dah start on antibiotic. See?. Kita jaga sendiri tak semestinya tak sakit kan, jaga sendiri untuk comtrol supaya penyakit tu tak menjadi lebih buruk insya Allah.

Oklah panjang sangat menulis. Dah a week tak ada entry rindu nak menulis. Rumah tak ada pc/laptop so terpaksalah draft dekat notes then copy ke blog hiks. Gambar pun tak ada haha. Tunggulah dah ada laptop nanti kasi pulun draft dan blogwalking rumah kawan-kawan.

Till then. 




Sent from my iPad

1 busy bees:

Maimun Razali said... Reply To This Comment

insyaallah Ann..semoga urusan menjadi SAHM berjalan dengan lancar...dan deeja comel semakin sihat

Post a Comment