Blogger templates

Journey to Semporna Sabah, after 3 years __ Pusat Pelancongan Lautan Semporna

Assalamualaikum.

Eh excited betul nak cerita pasal Semporna.

Selepas check in Seafest Hotel, kami keluar jalan-jalan sekitar pekan Semporna. To be honest tiada apa-apa yang menarik pun dekat pekan ni. Tak ada shopping complex besar, atau tempat mengopi macam Starbucks. Yang ada cuma orang kupas kelapa jual tepi jalan, atau orang jinjit bag plastik penuh ikan untuk dijual.


Tujuan kami keluar sebab nak bawa anak-anak tengok ikan. Tempatnya di Pusat Pelancongan Lautan Semporna, di area Dragon Inn Floating Resort, chalet atas air yang cantik tapi belum ada kesempatan nak check in situ. Suami kata takut banyak nyamuk dan anak-anak tak selesa. See?. Selalu sangat anak-anak diutamakan taw. Kecik hati mak haha.


Aktiviti jalan-jalan kaki diteruskan sampai lenguh lutut. Lepas itu tahan kereta sapu pergi tempat lain pula. They charged us RM2-RM4 per journey oh terasa macam tourist sungguh lah pergi mana-mana naik taxi ja.

Ada sikit gambar Dragon Inn Floating Resort untuk tatapan kalian. Air memang jernih boleh nampak ikan-ikan berkeliaran di dalam air. Anak-anak happy sangat tengok ikan, berlari sana sini. Kita pulak yang tak senang duduk pasal situ safety kurang sikit. 



If korang ada plan nak ke Mabul, Sipadan atau islands lain sekitar Semporna, bolehlah consider floating ni sebagai tempat menginap. So far setahu saya room rate ada yang bawah RM100 per nite. Makan minum tak susah, ada restoran dalam resort ni. Nasi goreng seafood dia memang thorbaik bak hang.

ampi du

Okay. Lepas ini kita jalan-jalan tepi pantai tengok seafood turun dari kapal ya?. Haha menghamboih sangat entry dia ni tau, maklumlah update sambil sebelah tangan pegang si kecik so faham-faham lah. Satu entry sampai dua hari nak siap hahaha.

4 busy bees:

juelee said... Reply To This Comment

dlu aku g sana stay kat dragon inn ni la.. rm90 ja satu malam... tapi bila mandi seram mak hhha sbb air see thru jatuh ke bwh laut kehkehkeh takot ikan intai

sharEna said... Reply To This Comment

aaa nak pergiiiiii.....

lia ummiirfan said... Reply To This Comment

wow! cantiknyaaaaa...

ietams said... Reply To This Comment

seronoknya baca entry ke semporna ni..
bule tak share kan detail hotelnya..segala aktiviti yg awk buat next2 entry nanti .
sorry ye.. sbb excited seronok baca

Post a Comment