Blogger templates

Journey to Semporna Sabah, after 3 years__The arrival. Seafest Hotel & Anjung Lepa.

Assalamualaikum.

Akhirnya selepas sebulan lebih tidak ber-update, almaklumlah bila dah bergelar surirumah maka kerjanya adalah mengurus anak dan rumah takda stop haha. Lagipun line internet agak menyiput so aktiviti blogging rasa macam tak berbaloi untuk dibuat. Nak prepare satu entry boleh siap masak, cuci dan sidai kain sekali. 

Alhamdulillah tahun ini berjaya pujuk suami untuk puasa dan berhari raya di Semporna, Sabah. Hanya selepas tahun ketiga kejadian febrile fit kakak barulah suami bersedia nak bawa kami pulang lagi.

Yang pertama kali buat Ayra Khadeejah.

Excited. Flight time 7.00am from Kl to Tawau 

Perjalanan smooth all the way from KL to Tawau, unless ada kejadian menangis-nangis waktu take off dan landing. Adik relax siap boleh mengajuk si kakak melalak-lalak sambil gelak. Sabar ja lah.

Kami tiba di Tawau jam 10.00am. Cousin suami dah ready menunggu dan perjalanan diteruskan ke Semporna. Its about an hour journey by car. 

Sorry banyak gambar adik sebab kakak moody kohkoh

Sampai Semporna kami stay di hotel semalaman. Konon sebab tak nak anak-anak kepenatan travel dari pagi sampai petang. Ya, memang jauh rumah nenek diorang ni tapi orang kata jauh perjalanan luas pemandangan gitchu heh.

Menginap di Seafest Hotel, Semporna..selepas tiga tahun dah ada swimming pool dan ada complimentary buffet breakfast. Cuma being us yang tak berapa gemar aktiviti air, memang tak dapatlah anak-anak mandi kolam renang kofs. 



Hotel berhadapan dengan jeti untuk ke Mabul. Syiok tengok mat salleh bertaur naik bot tapi diri sendiri baru kena naik bot 10 minit ketor lutut kohkoh.

That day kami berbuka awal sejam dari kebiasaan. Makan di restoran bersebelahan dengan hotel. Knowing Semporna sebagai syurga makanan laut, maka cari seafood lah kita apalagi kan. 



Anjung Lepa. Makan berempat menu sup naga, ikan dan sotong bakar, butter prawn bersama jus buah-buahan costs us only RM60. Siap berlebihan dan tapau untuk sahur keesokan harinya.

Ok cerita seafood dan yang lain-lain kita sambung later.

Take care!.

1 busy bees:

sharEna said... Reply To This Comment

aku dah aim nak pergi Tawau lepas ni makan seafood. kat KK dah mahal hoho

Post a Comment