Blogger templates

Journey to Semporna Sabah, after 3 years__Fresh Seafood

Assalamualaikum.

Sambung cerita balik ke Semporna sebulan yang lepas hiks.

Selepas jalan-jalan di area Dragon Inn Floating, kami menuju ke hotel semula untuk rehat sebelum keluar berbuka puasa. This time lalu tepi pekan nampak kapal baru selesai pulang membawa hasil lautan yang pelbagai. Last time kami balik kampung, ada pasar besar disini. Macam-macam ada dari spesis ikan berwarna warni smpailah ke hidupan laut yang tak pernah saya jumpa. Sayangnya husband bilang pasar besar itu sudah dirobohkan dan dibina jauh dari situ. mungkin ini yang tinggal untuk orang-orang yang tak mampu pergi jauh dan tidak ada transport untuk pergi ke pasar besar.





Jual longgok je you alls. Sini ada?. Confirm tak ada lagi-lagi dekat pasaraya dalam mall kohkoh.

Kami jalan sambil ambil gambar kemain semua pun memandang-mandang sambil tersengih haha. Abaikan yang penting kita ada gambar untuk update blog. Gituw.



Sotong tu buat mata dan jiwa saya sakit haha. Okay tak apa esok sebelum balik ke rumah mil wajib beli sekilo dua, buat sotong goreng tepung nyam juga tu kan.

Ok bah kita sambung esok. Nak kena ambil anak sekolah pula ni. Take care.

0 busy bees:

Post a Comment