Blogger templates

MMR For Khadeejah.

Assalamualaikum.

Khadeejah baru sahaja completed her 12 months vaccination last two weeks, after about 5 months delay. Heh, jangan ditanya nurse marah ke tidak, confirmlah kena ceramah sikit. Buat tak dengar saja hiks.


Actually the reason why mommy opt untuk delay adalah kerana Khadeejah alahan pada telur. Masa one year, suap kuah sup telur pun dah bengkak sekeliling bibir. Lepas itu history eczema terhadap all of proteins bercampur dengan rasa takut dan risau selepas baca cerita-cerita pilu effect after vaccination sobs. Ya salahkan facebook heh.

So masa appointment dengan peads untuk case bronchopneumonia dia, nurse belek buku pink and kantoi dia tak cucuk lagi. Apalagi mommy kena ceramah sikit dan lantas dia call day care untuk dapatkan date admission. Empat hari selepas itu, dupdap dupdap since then setiap hari selepas solat mohon Allah permudahkan untuk Ayra Khadeejah. Nampak macam, eleh nak cucuk mmr je pong nak kecoh apehal kan. Tapi itulah, banyak case kita baca tentang adverse effect tapi kita tak nak nafikan hak anak. Maklumkan bukan selamanya boleh jaga sendiri, bagi makanan organic and so on.

Ok abaikan ttg itu. Each parents has their own decision jadi jangan pertikai okey.


Cerita tentang admission. Why she needs to be admit sebab doc nak pantau if any effects arise. If korang perasan, masa check up 9 bulan, nurse akan minta kita cuba bagi telur, atau tanya adakah anak allergy to telur. Kalau ya, depa akan refer kepada doc and directly akan dapat referral letter to hospital untuk day care selepas cucuk. Ini untuk MMR sahaja, vaccine lain so far tak macam tu.

Hari kejadian, around 9.30am dah settle cucuk dekat klinik. Straight ke hospital sebab 15 – 20 mins lepas itu memang nampak dah naik rashes dekat leher dan belakang badan. Risaunya Allah saja tahu. Selesai urusan register, dapat katil terus buka baju Khadeejah dan sapukan cream Buds for eczema. Mujur Khadeejah tak cranky, dapat pear sebiji habis dia gigit. Nak asah gigi agaknya.


Doktor observe dalam 5-6 jam sahaja. Mujur rashes dan bengkak-bengkak tu surut dan Khadejah dibenarkan pulang lebih kurang jam 3petang. Ergh lemau sangat duduk ward seriously. Dua tiga hari juga saya perhatikan dia dekat rumah. Exaggerate sangat mak dia ni tao. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang merisaukan dan Khadeejah masih lagi baby saya yang happy go lucky.

So you alls kalau baby allergic to eggs please make sure nurse dan doktor tahu sebelum pergi cucuk mmr occay?. Till then. Take care.


2 busy bees:

miDguRL said... Reply To This Comment

geram btul tgk muka cheeky (btul ke eja hahaha) nie

nanonano said... Reply To This Comment

bukan gtu eja dia mid. gni. check kiii :p :p :p

alhmdulillah dija ok.

Post a Comment