Blogger templates

Journey to Semporna Sabah, after 3 years__Pulau Bum-Bum & DSS


Assalamualikum.

Sambung cerita balik Semporna tempohari. Balik bercuti hari raya yang bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri. 


Beberapa jam sebelum waktu Subuh masuk di Semporna, saya terjaga. Kepala pusing agak kuat sampai nak berjalan ke toilet pun kena pegang dinding. Ok, I need PCM. Buat teh o tanpa gula dan telan paracetamol dua biji, tunggu subuh lantas tidur kembali.

Bangun pagi rasa sikit okay, siap-siap breakfast di bilik hotel sebab plan nak balik ke rumah mil secepat yang boleh. Maklumlah kalau dah lambat sangat takut cuaca tak elok, ombak kuat. Nak bawa anak-anak melintas laut ni banyak perkara kena ambil kira. 


Husband catered satu boat untu kami. Perjalanan smooth saja even ombak macam kuat sedikit. Being me yang takutkan air kecuali air bilik mandi, dalam hati memang tak henti zikir. Alia as usual kalau dengan boat dia teruja lebih sedikit unless Khadeejah yang steady during take off dan landing tapi meghenyih minta peluk saja bila dalam boat.

Perjalanan 15 minit. Sampai jetty adik-adik ipar dah menunggu. Rindu sangat dengan kampung ni, dengan pil dengan rumah semuanyalah. Masuk tahun ketiga saya tak balik, suami tak izinkan selepas kejadian sawan Alia dulu. Allahu taknak ingat balik. Kali ni saya nekad nak balik bawa anak-anak. Khadeejah dah setahun umurnya langsung tak pernah balik Semporna jumpa saudara-saudara yang lain.


Ini jetty pulau Bum-Bum yang menghubungkan beberapa buah kampung di dalamnya. Ada juga jetty lain tapi ini yang terdekat. Sebelum bergerak pulang kerumah ibu ayah mertua, saya sempat beli buah mangga dan sebiji nanas dengan harga sepuluh ringgit setiap jenis. Haha memang mahal, tapi dah rezeki penjual. Rasa teringin sangat nak makan nanas. Teringin yang rupanya smpai ke hari ini masih tidak diperolehi.

Skema sangat ayat. Sokay ah mood tengah sedih teringat kisah lama.

Anak-anak happy sangat dapat jumpa atuk nenek, cousins dan saudara mara lain. Nenek siap dukung cucu sulungnya yang berat tu naik tangga sampai masuk dalam rumah. Nampak rindu sangat tsk. Ayra Khadeejah nangis-nangis at first tapi lama kelamaan boleh main sendiri dengan cousins. Dan saya terperuk dalam bilik dari waktu sampai sehinggalah ke tengahari.

Sampai sini dulu. Cerita tentang dengue shock syndrome (DSS) kita sambung on monday.

Take care.
 

2 busy bees:

Ana Lyana said... Reply To This Comment

Dah selasa dah ni ann...=p

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@Ana Lyana Ana kahkah gelak guling2 haku dah ni. Tak sempat wey nak type. Insya Allah soon okay

Post a Comment