Blogger templates

Journey to Semporna Sabah, after 3 years__Dengue Shock Syndrome. Goodbye Hospital Tawau & Happy Faces.

Assalamualaikum.

Hari ke sembilan, saya dibenarkan discharged selepas pemantauan selama lebih 24 jam di Wad Kelas Tiga. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan. Selepas melalui ujian yang agak perit untuk saya kenang sepanjang saya hidup selama 33 tahun ini. 

Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya, dan dosa-dosa kedua ibu bapa saya.


Selamat tinggal Hospital Tawau. Semoga kita tak akan bertemu lagi selepas ini.

Sebaik sahaja keluar dari wad, husband uruskan beberapa perkara berkenaan insuran dan temujanji yang perlu dijalankan di Hospital Putrajaya. Kemudian balik ke hotel. Saya agak excited sebenarnya. Kakak dari tadi tak lepas-lepas memegang tangan saya. Senyum segan dan malu-malu mungkin sebab dah lama tak jumpa. Berdebar-debar nak jumpa Khadeejah. Nak peluk dan jerit mommy dah balik. Jom nenen. Hahaha.


Rupa-rupanya dua orang ni saja yang excited mommy dapat keluar hospital. Khadeejah pandang dan jeling saja. Kemudian buat tak tahu. 

Saya cuba peluk dan dukung, menjerit menangis macam kena pukul. Pujuk untuk breastfeed, dia tolak malah makin kuat menangis. Ok stress. Hulur makanan, susu, toys semua pun tak jalan. Dua-tiga kali cuba memang tak rasa apa, tapi kalau dah banyak kali, saya rasa sebak pulak. 

Mak kata give her some times. Dia rasa ditinggalkan.

Selesai urusan saya di hospital, suami dan abah uruskan pula tiket pulang untuk mak abah dan adik-adik, dan abah tukarkan sekali waran kami sekeluarga ke tarikh dan masa yang sama. Wallahualam saya tak tanya berapa penalti yang dikenakan untuk tiket kami sekeluarga. Tak sampai hati.

Kami pulang dengan penerbangan Malaysia Airlines pada Khamis, 23 Julai.

Dan saya masih berkerusi roda pada masa itu tsk.


Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

Terima kasih pada orang-orang Semporna yang banyak membantu dan mendoakan kesihatan saya. Sebak sebab tak dapat peluang lagi untuk sama-sama berhari raya dengan mertua. Actually, masa tengah transit di KK, ayah mertua saya call dan bagitau how he feels about this, rasa sedih kenapa jd mcm ini etc etc aihhh lencun juga tudung dengan airmata.

Moga ada rezeki kami lain kali.

To all cousins yang banyak tolong kami, moga Allah balas budi kalian dengan kebaikan. Kepada Saida yang masakkan sup ketam untuk saya, hantar ke hospital, thanks a lot. Kita tak pernah berjumpa tapi awak byk tolong saya. Untuk adik-adik, mak abah, inak apek, adik adik terima kasih atas semuanya.

Dah macam ucapan salam perantau pulaknya hahaha.

Okay guys thanks a lot sudi follow kisah dss ini hingga ke akhirnya. Last episode nanti saya akan share tips and segala yang saya consume sepanjang saya sakit.

Thank you & take care.

 

0 busy bees:

Post a Comment