Blogger templates

Journey to Semporna Sabah, after 3 years__Tips On Dengue Shock Syndrome

Assalamualaikum.

Sambungan dari entry DSS sebelum ini. Janji ini last episode haha. Lelah nak menulis tapi entry ni rasanya yang paling penting bagi saya.

Pertama. Jika demam, sakit kepala, pitam dan temperature 40 C above, make sure terus ke klinik atau hospital. Jangan makan pcm kemudian tidur, then after 4-6 hours later makan pcm lagi. Kita tak tahu jenis denggi yang sedang menyerang. DSS adalah salah satu jenis demam denggi dan ianya adalah yang paling tenat. Berlaku pada hari kedua hingga keenam selepas mengalami simptomnya.

Kedua. Minum air. Apa-apa air selain air berkarbonat termasuk 100 plus. Sebelum ini saya memang minum sahaja semua benda asalkan ada bendalir dalam badan. Tapi atas nasihat doktor pakar, beliau tidak membenarkan 100 plus atas sebab kandungan gula yang terlalu tinggi. Sepanjang warded, saya hanya minum air masak dan jus jambu batu merah Peel Fresh. 



Sebenarnya banyak lagi brand jus ini yang lagi sedap dan less sugar berbanding Peel Fresh. Memandangkan saya berada di Tawau dan agak sukar mendapatkannya, maka saya minum apa yang ada.  

Ketiga. Minum jus daun betik/pil daun betik. Saya sempat minum dua atau tiga kali sebelum muntah-muntah dan dipindahkan ke ICU. Sekarang dah banyak jual jus yang sudah diproses. Memandangkan saya tak boleh terima, mak abah usahakan cari pil untuk saya dan alhamdulillah jumpa di farmasi bandar Tawau. 


Makan 3 kali sehari after foods.

Keempat. Stokin refleksologi. Actually stokin ni saya dapat free daripada hospital. Since start tak boleh berdiri sendiri, saya memang selalunya nangis meratapi kesakitan sendi especially di bahagian kaki dan buku lali. Stokin ni banyak membantu mengurangkan kesakitan. 

Seingat saya, itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Seriously mungkin pada anda yang belum pernah merasa, beranggapan demam ini serupa macam demam-demam yang lain. Saya juga berfikiran begitu sebelum ini. Tapi bila Allah dah uji, saya rasa cukuplah sekali. Kesakitan yang saya rasa membuatkan saya berdoa tak henti-henti, dengan harapan agar dikembalikan kesihatan kepada saya seperti sediakala. Allahu, semoga saya tidak lupa dengan janji-janji saya.

Semoga entry ini bermanfaat untuk semua.

Thank you & take care.

1 busy bees:

miDguRL said... Reply To This Comment

den baca, den yg rse sakit sendi beb
huhu yeahhh sayam kite dh kembali sihat
ewahhh :-P

Post a Comment