Blogger templates

Journey to Semporna Sabah, after 3 years__Dengue Shock Syndrome

Assalamualaikum.

Maaf sangat. Ingatkan hari ni Isnin, rupanya Selasa dah ye hekhek. Mujur ada comment yang ingatkan hutang cerita mengenai dengue shock syndrome tu. Ok kita cerita sikit dulu.

Sampai rumah mil lebih kurang jam 10 pagi. Anak-anak husband bawa keluar jumpa cousins. I am all alone dalam bilik melayan sakit kepala. Muka rasa panas membahang macam kena bakar. Husband jenguk dalam bilik, saya request air kelapa since rumah mil keliling je dengan pokok-pokok kelapa. Minum dua cawan, mandi dan telan pcm lagi dengan harapan sakit segera berlalu.

Dan waktu itu kali terakhir saya tengok dan senyum dengan anak-anak sebelum semua yang tidak terjangka berlaku.

Tak sempat pun nak rest, kepala saya jadi semakin sakit. Rasa nak meletup, nak pecah. Allahu takboleh nak explain macam mana sakitnya. Badan kering ni memang tak daya nak bergerak sendiri. Husband angkat keluar, waktu itu saya dah menangis-nangis kesakitan. Raut muka parents in law saya dah berubah. Mak kata saya tak pernah sakit sampai mcm ni, menangis-nangis menjejes-jejes airmata dan segala air lain yg ada hahaha.

Tak tunggu lama, husband ambik handbag, bawa adik ipar saya dan kami ke hospital Semporna. Seperti situasi tiga tahun lepas kembali yang beza kali ini giliran saya. Naik bot dan tunggu kereta untuk ke hospital Allahu seksanya rasa. Agaknya mcm itulah seksa rasa orang-orang disini yang sakitnya datang tak menentu lepas itu kemudahan tak ada. Aih, merdeka atas nama sahaja.

Sampai hospital saya disorong menggunakan wheelchair, drip air dan terus buat blood test. Agak terkejut sebab result menunjukkan saya positif denggi.

Drip air berbotol botol. Semua doctor run fast sebab kondisi saya yang sebegitu. Lepas Zuhur saya diletakkan dalam wad. Anak-anak mil dah bawa ke hotel. Doc diagnosed as dengue shock syndrome atau dalam bahasa melayunya sindrom kejutan denggi. Lepas 3 jam, doctor datang semula dan terangkan apa sebenarnya DSS dan apa plan beliau. Saya akan dibawa ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut, dan saya perlu diletakkan di unit rawatan rapi. ICU!.

Allahu.

Perasaan bercampur baur. Rindu anak-anak, takut mati, dan wajah suami dan ibubapa mertua, mak abah dan adik-adik silih berganti diruang mata saya ini. Saya tak sempat nak minta maaf.

3 busy bees:

nanonano said... Reply To This Comment

tacing, sobs.. *kesatairidung*

nanonano said... Reply To This Comment

lps ni citer sedih jgn buat sambung2 blh x? tersekattt kt halkum je sendu neh, grrrr

Ann Ilias said... Reply To This Comment

@nanonanokahkah. postpone ah sendu sampai esok pagi..

Post a Comment