Blogger templates

Journey to Semporna Sabah, after 3 years__Dengue Shock Syndrome

Assalamualaikum.

Bersambung kisah mengenai dengue shock syndrome.

Malam itu juga saya dibawa ke hospital menggunakan ambulan. Mil, anak-anak, adik ipar dan suami follow dari belakang menggunakan kenderaan polis Semporna. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Sampai di sana, husband check-in kan semua di hotel berdekatan hospital lalu terus ke emergency untuk urusan saya pula. 

Macam biasamasuk hospital kerajaan, macam-macam soalan dari bermacam-macam orang. Nadi saya diperiksa few times sebab bacaan tak memuaskan. Tube kencing dipasang. Agak lama di emergency rupanya tak ada bed kosong di ICU. Maka saya diletakkan di Wad Medikal HDU (High Depency Unit) buat sementara waktu bersama-sama tiga orang pesakit lain yang agak kritikal. Sedih hati Allah saja yang tahu. Parents jauh, suami tak boleh sentiasa ada bersama, dengan rindu anak-anak, rasa sebal hati.

Drip air berborol-botol sudah tidak larat untuk saya kira. Rasa panas bahang terbakar di muka dan seluruh badan, loya dan sakit kelapa yang saya tak mampu nak bayangkan. Berkali-kali saya request panadol tapi doktor kata tidak boleh. Ia akan mengganggu sel darah, something like that saya pun tak tanya lebih. Nak pergi mandi dan jerum diri sendiri pun tak mampu. Saya boleh katakan few nurses dan doctor di wad tersebut agak tidak mengambil berat hal pesakit. Sedih sangat, nangis dalam hati ja mampu.


Keadaan saya agak kritikal masuk hari ketiga. Doktor asik bercakap-cakap mahu pindahkan saya segera ke ICU. Dalam urine sudah mula ada darah, gusi berdarah dan lengan mula bertompok-tompok merah. Waktu itu saya berserah, andai kata Allah sudah takdirkan itu pengakhirannya. Namun dalam kepala tetap terbayang wajah anak-anak. Sayu. Saya tidak dibenarkan menggosok gigi, makan makanan keras dan perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air kosong saya tak mampu telan, atas nasihat staff nurse, saya habiskan berkotak-kotak jus jambu batu merah.

Terima kasih biras yang datang jauh dari Lahad Datu dan mengirimkan jus daun betik. Sayangnya basi sebab saya lupa simpan dalam fridge sobs.

Sehinggalah pada Khamis, sehari sebelum Hari Raya, emak dan abah saya terbang ke Tawau meninggalkan adik-adik lain untuk bersama saya. Allahu, no words can describe perasaan saya masa itu. Saya sedih, sehingga ke usia ini saya asyik mengusahkan mak ayah.


Whatsapp image dari adik yang membuatkan airmata saya jatuh macam air hujan.

Petang waktu melawat, emak dan abah saya sampai dan saya hanya mampu pandang. Barulah dapat mandi, sikat rambut dengan elok dan makan dalam keadaan sedikit kemas. Maklumlah, saya tak mampu urus diri sendiri, nak harap suami pun susah juga dengan anak-anak yg nak kena jaga. Khadeejah lah paling susah sedikit nak dipujuk, dia rasa ditinggalkan mungkin.

Malam itu, suasana sangat meriah di bilik wad. Ada yang datang tukar langsir baru. Ada nurses dan doctors yang sudah salam minta maaf say Selamat Hari Raya. Syahdu juga. Rupanya Allah nak uji saya lagi tahun ini. Kami redha sebab kami tahu ada hikmahnya.

Pagi raya, suami awal-awal sudah hantar breakfast untuk saya. Lepas itu terus balik sebab nak bawa mak abah dan anak-anak solat sunat di masjid. Alhamdulillah saya turut sama happy. Saya masih lagi begitu, terbaring dan tidak mampu jalan sendiri. Oh ya, lupa nak inform since day 4 saya tak boleh berjalan. Sendi kaki di bahagian buku lali dah hilang rasa. Doktor kata itu normal sebab denggi selalunya attack sendi, dan organ. Aih, patutlah a day before macam terdengar mereka sebut-sebut tentang liver damage, blablabla semua pun cakap berbisik-bisik.


Syahdu rasa tiap kali pandang gambar ni. Kasih sayang abah emak memang tak dapat saya balas hatta dengan segunung emas pun. Moga syurga Allah untuk emak dan abah insya Allah.

Masuk hari ke-6, saya mula minum air jus betik yang emak bawakan dari Johor. Tak lama lepas itu saya starts vomiting non stop. Sama ada jus itu tak sesuai dengan perut, atau sebenanrnya keadaan saya sudah makin buruk?. Wallahualam. Waktu itu juga doktor maklum untuk pindahkan segera ke ICU.

Di ICU keadaan saya lebih terjaga. Seorang nurse untuk setiap pesakit maka saya dapat mandi dua kali sehari (lap badan saja sebenarnya hehe), ambil darah setiap 2 jam tetapi mereka buat di satu tempat yg sama. Means tak ada dah adegan asal cucuk yang menyakitkan. Waktu itu gusi saya sudah okay tetapi hidung pula yang berdarah. Masih tak mampu bangun dan berjalan, buang air besar pun nurse yang tolong bersihkan. Allah, malunya rasa.


Alhamdulillah keadaan saya lebih baik pada hari kelapan. Demam sudah tiada lebih 24 jam. Saya gagahkan juga untuk berdiri dan bergerak disekitar katil. Mahu tunjuk kepada doktor yang saya okay. Saya nak balik dan jumpa semua ahli keluarga.

Rindu sangat.

Satu malam di wad biasa dan saya dibenarkan keluar pada keesokan harinya. Allahu, itulah saat paling manis yang takkan saya lupa sampai bila-bila. 

Minta maaf kalau ada yang sebak tapi tersekat-sekat. Entry ni kita sambung next time. Saya akan cerita lebih lanjut tentang DSS, dan bagaimana saya pulang disambut dengan rajukan anak yang panjang.

Thank you, dan take care.

6 busy bees:

Super Nia Hana said... Reply To This Comment

alhamdulilah ann
allah panjangkan usia utk bersama suami anak anak dan keluarga

terima kasih juga kongsi tips dgn hana .
semoga allah balas baik budi ann,

Ann GreenStrawberry said... Reply To This Comment

Allahuakbar.. Sebak sgt baca post ann. Alhamdulillah Allah permudahkan, semoga Allah panjangkan usia Ann utk menempuh perjalan hidup bersama keluarga..

nadeera said... Reply To This Comment

terbaca pasal pengorbanan mak ngan abah tu mmg sebak la..alhamdulillah ko masih d pjgkan umur dan d berikan kesihatan yg baik..

sharEna said... Reply To This Comment

seramnya....tetibe je denggi ekk? ke sblm tu ko mmg dah tak sihat? xpelah...pengalaman hidup. lega semuanya berakhir dengan baik

Intan and The Boys said... Reply To This Comment

aku dah berhujan lebat kat sini ann oi. sedih sgt. masa wasap ko ritu, aku pon tgamam sebab keadaan ko teruk rupanya.
pengorbanan ibu dan ayah tiada galang gantinya. Doakan syurga Allah utk mereka yg paling afdal.

Faizah^Ramli said... Reply To This Comment

Sebaknya baca... alhamdulillah, hanya org2 terpilih sahaja mampu lalui ujian sehebat ini...

https://sihatcantikcergas.wordpress.com/

Post a Comment