Blogger templates

Kelambu.

Assalamualaikum.

Seminggu yang lepas, masa driving hantar kakak pergi sekolah, try lalu jalan lain sebab Khadeejah nampak boring dengan jalan yang biasa. Bila masuk saja junction nak ke perkarangan lobi, tiba-tiba ternampak banner "Kawasan Wabak Denggi".

Aih. Tiba-tiba jadi risau.


Tak dinafikan Putrajaya ni agak tinggi kes denggi. Kalau ke emergency HPj tu almost every night ada je yang suspek denggi. Nak kata kawasan kotor, tidaklah juga. Bak kata kawan yang kerja di KKM, nyamuk sekarang pun dah berevolusi. Dari yang dulunya duduk dalam longkang busuk sekarang dalam air bersih. Relax-relax bertelur dalam air bersih. Sampai masa keluar gigit orang. Hahaha.

Sejak saya kena denggi, memang seboleh mungkin jaga anak-anak dari kena gigit nyamuk. Apa-apa nyamuk sekalipun sebab tak larat aih nak belek nyamuk jenis apa everytime kena gigit. Shieldtox cecair yang pasang dekat plug tu sentiasa on setiap jam 5 petang sehingga ke pagi esoknya. 

Dan sekarang husband dah pasang semula kelambu atas katil bebudak.


Nasib baik bebudak pun behave bila tidur dalam tu. Cuma kadang tu datang angin nak main depa lenjan jugaklah atas katil so satu kerja pulak mommy kena monitor. Seronok tengok anak-anak tidur lena dalam ni tanpa sebarang gangguan si nyamok.

Thank you nenek Johor.


1 busy bees:

Maimun Razali said... Reply To This Comment

memang bnyak nyamuk skrg nie....benci nyamuk sbb suka gigit anak2 aku

Post a Comment