Blogger templates

Meet The Bloggers : Potluck Raya 2015

Assalamualaikum.

A week or two sebelum nak habis raya puasa, depa rancang nak buat potluck. Eh siapa yang tak suka potluck kan, masak sekali dapat makan banyak kali haha. Lokasi kali ni dekat area Subang sana, Allah rasa nak nangis sebab confirm tak dapat join the crowd. Maklumlah suami saya bukan jenis yang suka drive keluar dari Putrajaya on weekend sobs.

Walaupun tahu kemungkinan besar tak dapat pergi, namun saya tetap berikan harapan kepada tuan rumah. Iyalah,setiap kali ada majlis dirumah saya memang tak pernah dia tak datang. Segan pula kita. Doa kuat-kuat supaya terbuka hati suami nak izinkan dan hantar saya dan anak-anak ke sana.


Kawan sampai syurga insya Allah.

Beberapa hari sebelum majlis, suami izinkan pergi dan saya menumpang other blogger friend Zaza. Sikit punya jauh bawa Laksa Johor semata-mata nak memenuhi keinginan sahabat dari Kuantan. Macam-macam menu hebat ada, malu pulak kita dengan menu yang tak seberapa tu hiks.

Yang saya tunggu tunggu adalah roti jala besan dan creampuff Fad. Seriously itu yang saya duk ulang-ulang makan, eheh jangan kejap lagi ada org sound sudah. Makan tak pandang orang belakang. Confirm mak sentap nanti.

Oh btw. If korang nak rasa dessert yang sedap sampai rasa nak nangis, boleh view di instagram The Sweet Wonders occay.


Saya dan anak-anak stay tak lama. Lepas itu hubs call nak pick up sebab petang tu dia ada football match dengan geng office dan minta saya prepare makanan sikit untuk kawan-kawan dia. Sokay memandangkan sekarang bertitle SAHM maka bab masak dah pro lah sikit. Sampai rumah jam 5pm terus masuk dapur masak laksa johor. Sekali lagi haha. Dua jam lepas itu semua dah sedia atas meja. Hebat tak hebatlah kan muahaha sila jangan muntah.


Seperti biasa, benda wajib buat sebelum pulang adalah bergambar. 

Insya Allah kalau ada rezeki next year kita repeat lagi ya geng. Semoga persahabatan ini berkekalan sehingga akhir hayat. Gocoh sesikit tu biasalah nama pun manusia, tapi janganlah sampai putus kawan. Rambut sama hitam, hati lain-lain -- walaupun lain warna hati ia tetap merah. Jangan jadikan ianya hitam, macam dalam cerita bila hati telah hitam. Gitu. Memang banyak merapu dah ni. 

Sokay. Jumpa lagi. Geng, ai love you to the moon and back.

0 busy bees:

Post a Comment