Blogger templates

Playground

Assalamualaikum.

Husband kalau dapat balik awal from office, mesti akan bawa budak-budak pergi playground. Playground favorite letaknya betul-betul berhadapan dengan bakal sekolah rendah kakak tahun depan. 

Bersebelahan playground ada padang bola sepak. Besar sangat dan suami kebiasaannya akan jogging situ while saya monitor anak-anak main. Dapat dua-tiga round dia akan stop dan ambil alih tengok anak-anak dan saya akan teruskan dengan aktiviti men-snap gambar hahaha.



Mata pun semua sembab ja. Ate bangkit dari tidur terus ayahnya ajak keluar. Sebab bukan selalu dapat ke playground on weekday, maka saya join sekali. Bukan apa, seriau kes denggi ritu tak habis lagi. Kalau boleh nak kurung anak-anak dalam rumah time petang macam ni.

Dapat sejam main, semua dah puas dan letih maka jomlah kita balik. Sebelum tu suami ajak singgah mamak dulu pekena roti canai dan teh tarik. Aih, tak guna jogging banyak round gitu hahaha.


0 busy bees:

Post a Comment