Blogger templates

Resipi : Beef Lasagne

Assalamualaikum.

Ok lupakan sebentar kisah sedih. Jom kita share resipi mudah ni. Paling best sebab boleh simpan dalam peti sejuk beku, hanya tinggal defrost dan bakar bila perlu. Auwww awesome sangat kan.

Maklumlah,bukan hanya orang-orang bekerjaya macam kamu-kamu saja yang nak semuanya cepat. Emak-emak yang duduk rumah ni pun kalau boleh nak semua benda settle sekelip mata maklumlah bila anak celik, memang confirm tak boleh bergerak langsung, kena hadap muka dia ja hahaha.


Resipi ini menghasilkan lebih kurang 10 foil size 4x3 inch.

Sos Daging
Bawang besar potong dadu
Daging kisar
Sos spagethi (saya guna jenama Kimball)
Black pepper, oregano (ganti dengan parsley) dan sedikit garam

Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga layu. Masukkan daging dan masak hingga berubah warna. Masukkan sos spagethi, parsley, black pepper dan garam. Ketepikan.


Sos Putih
2 sb planta
2 sb tepung gandum
2 keping cheesedale
250ml susu segar

Cairkan planta dalam kuali. Masukkan tepung gandum, kacau sebati. Tambah susu segar dan masak sehingga hilang ketulan tepung. Masuk keju dan sedikit garam.

Saya buat dua adunan sos putih.


Ambil bekas foil, susun kepingan lasagne (saya patahkan kepada tiga bahagian sebab guna bekas kecil), sos daging, sos putih. Ulang step sehingga foil penuh. Make sure lapisan atas sekali adalah sos putih.

Bakar dengan suhu 175 celcius. 10 minit api atas bawah dan 20 minit api atas sahaja.

Jangan makan panas-panas sebab nanti melecur mulut haha. Btw jika ada lebihan, boleh terus masuk ke dalam fridge dan defrost semula bila nak bakar nanti. 

Selamat mencuba.


 Muka puas hati kekenyangan lasagne mommy.

0 busy bees:

Post a Comment