Blogger templates

Resipi : Brownies Kedut

Assalamualaikum.

Sejak dapat gelaran stay at home mom ni, semacam pula mood memasak. Dari lauk pauk ke dessert, minum petang dan supper selalunya complete. Dah boleh tercalon dalam kategori emak mithali, wah gitu kan. Cuma yang peliknya kerajinan tu memuncak during weekday sahaja. Masuk hari Sabtu/Ahad terus tak ada mood. Boleh gitu?

Yelah macam korang juga kan, ada Monday blues kan, kofs!.

Hari ni nak share resipi brownies kedut. Kedut?. Hahaha ngeri sangat bunyinya, entah apa yang berkedut tu kan. Actually beberapa hari lepas masa kemas rumah terjumpa dua tupperware besar bahan-bahan baking cookies. Ya, cookies raya lepas heh, baru ada masa nak kemas dan rearrange kembali dalam kabinet. Nampak ada chocolate coin, walnut, almond dan beberapa barang lagi terus terasa nak makan brownies. Ate itu saja yang senang dan tak perlu nak buka kotak mixer.

Rupanya si kedut ni tengah in sekarang ya. Lepas buat dan habis separuh loyang baru tahu haha.  



Okay lets share recipe.

           Crinkled Top Fudgy Brownie : Original Fr. CookieandKate
           10 sb mentega tawar bersamaan 142 gram/5oz
           1 1/4 cawan gula
           3/4 cawan serbuk koko
           1/2 sk garam
           1/4 sk baking powder
           2 biji telur sejuk 
           2/3 cawan tepung gandum
           2oz semi sweet chocolate - cincang kasar
           Sedikit walnut/almond/any kekacang

Panaskan oven 160 C - gris loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper
Buat mentega perang - cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana. 
Kacau sehingga mentega bertukar warna pucat dan slowly kepada perang terang.
Tutup api. Masukkan koko, garam, baking powder. Kacau sebati.
Campurkan telur satu persatu.Kacau laju sehingga likat dan licin. Masukkan tepung.
Masukkan coklat cincang dan kekacang 

Saya gunakan loyang size 8 inch. Bake about 25 mins. To be honest, brownies ni macam nipis sikit, kalau buat satu setengah adunan lagi cantik bentuknya.  Lagi satu, campur dengan compound chocolate is better than couverture. Hari tu saya gunakan Tudors tak silap, potong dadu. Sudahnya lepas bakar dok mencari mana coklat rupanya dah mencair dalam batter. 

Ok peeps selamat mencuba. Benda senang wajib dikongsi bersama hehe.

Take care.


0 busy bees:

Post a Comment