Blogger templates

Tadika Vonad : Field Trip Ke Aeon Big, Taman Wetland & CruiseTasik Putrajaya

Assalamualaikum.

Cerita basi. Sebab mommy baru terima semua gambar aktiviti Alia di sekolah last week. Itu pun tebalkan muka w.app teacher kononnya nak buat photobook. Nak collect semua pictures semasa Alia di Vonad. Kenangan.

Lantas tak lama lepas itu menderu-deru gambar masuk dalam inbox kofs.


Actually ini field trip yang kedua sepanjang Alia berada di Vonad. Yang pertama few months before pergi ke Aeon Big Alamanda sempena tema mingguan "Mengenal Buah-Buahan dan Sayuran". Gituw. Memang setiap minggu ada tema sendiri dan teacher akan tampal di board untuk pengetahuan parents.

Waktu first time teacher maklumkan ada trip dan mohon kebenaran parents, aih rasa macam tak nak bagi permission sebab rasa anak kita kecil sangat nak lepaskan pergi dengan orang lain. Tapi bila fikir sekali lagi, sampai bila nak kepit dia bawah ketiak kan so tawakal semoga terjaga keselamatannya sepanjang berada diluar tanpa kita.

Alhamdulillah. Dah dua kali trip dan kedua-duanya Alia join.


Fees are all included dalam annual payment yang kita bayar semasa mendaftar dulu. So memang pergi ni tak perlu bayar apa-apa just kita kirimkan duit sedikit pada teacher in case Alia nak beli apa-apa nanti. Masa pergi Aeon Big kita bagi dia RM10 dan dia kembali dengan jumlah yang sama haha. Dia dapat jawab soalan quiz so dapat hadiah yogurt dan biskut, so tak perlu beli lagi katanya. Amboi baik sangat cuba pergi dengan parents setakat yogurt dengan biskut tu celah gigi je, kadang tak pandang pun heh.

Paling Alia excited adalah ketika naik cruise. Sampai sekarang dia boleh cerita every little things yang dia nampak dari atas cruise. Cerita dia bersempit-sempit duduk dekat seat sebab semua pun nervous cruise bergerak-gerak, cerita naik atas deck ambil angin tasik macam dalam cerita Titanic (mommy dia imagine saja) dan cerita rebut ayam KFC untuk lunch sebab tak cukup hahaha.


Seronok sangat budak-budak sekarang ni, tadika pun dah rasa macam-macam. Kita dulu sekolah rendah nak join rombongan sekolah pun kadang parents tak benarkan hiks. Tadika pun sekejap datang sekejap ponteng (mommy dia lettuw) hahaha.

Gambar atas cruise tak ada pulak. Maybe teacher tak sempat ambil atau memang tidak dibenarkan ambil. Yang pasti lepas selesai semua aktiviti, mereka semua dapat certificate daripada pihak cruise. Curlass ko nak kecik-kecik dah dapat naik cruise siap dapat sijil. Mommy ayah ni dah tinggal sini almost 10 years dapat tengok cruise dari jauh ja haha.


Tapi mommy ayah sokay ja janji anak-anak happy. At least dengan cara macam ni dia dapat makes new friends, be independent, dengar arahan (which is dengan mak sendiri payahnya nak dengar haha), dan hargai friendship yang dah sedia ada. Eh macam lari tajuk je ni ahahaha.


* Keputusan permohonan Tahun 1 2016 dah keluar. Ada yang sedih tak dapat sekolah yang sama. Aduhai.


1 busy bees:

Maimun Razali said... Reply To This Comment

good kakak..mirza belum lagi p mana2 nie

Post a Comment