Blogger templates

Tadika Vonad : Parents Teacher Meeting 3

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Parents teacher meeting 3 went well. Jadi orang yang pertama datang nampaknya tak rugi. Teacher ada banyak masa explain tentang Kakak Kaiyisah punya progress beberpa bulan after PTM kali kedua sebelum ini.

Nampaknya perkembangan yang paling memberangsangkan adalah part membaca.

Sekarang sudah masuk buku 7 Bacalah Anakku. Sebelum ini kakak agak ketinggalan berbanding kawan-kawan lainnya. Dia antara tiga yang terkebawah bila masuk part membaca. Alhamdulillah singa garang dekat rumah berjaya membuatkan kakak pandai membaca within few months. 

Sekarang almost every night dia akakn baca Sirah Nabi. Kadang dengan bantuan mommy ayah, kadang-kadang dia baca sendiri dan kami dengar sahaja.



Insya Allah bila dah boleh membaca senang sikit hati mommy ayah. Lepas ini boleh fokus lebih untuk matematik with simple add and subtract. Oh teacher juga ada pesan suruh check on Linus, method yang digunakan untuk pengasingan kelas dalam Tahun 1 nanti.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk anak anak mommy ayah, insya Allah.

Jazakallah.




 

0 busy bees:

Post a Comment