Blogger templates

Balik Kampung HOHOHO Balik Kampung

Assalamualaikum.

Quite some time since last kita update entry dalam sini. Cuti sekolah lepas balik kampung seminggu, lepas itu terus blog bercuti kohkoh.

Balik kampung kali ini cuma bertiga. Husband bekerja dan tetap terus bekerja even pada Hari Raya Aidil Adha. Pasghah. Being me yang agak independent, ehem, maka kita redah saja naik bas dengan anak-anak. Kakak dah besar dan faham arahan, adik pun boleh tahan juga cuma masih belum boleh ikut arahan haha.

Actually kakak dah selalu sangat naik bas. While adik, this is her second time.


Perjalanan balik kampung selalunya dalam 3 jam. Satu jam yang pertama adalah waktu-waktu kritikal di mana time tu lah bebudak nak makan, nak minum, nak lompat dari seat mommy ke seat kakak (tahu dah siapa yang sokmo terlompat lompat kan haha), meghenyih dengan brader belakang, berebut phone dan ipad and so on. Urut dada mak korang ni sebbaik tak bertukar jadi makkau hijau.

Tips saya satu je, ambik tiket bas ketika nap time deme. Selepas satu jam insya Allah semuanya akan kembali aman kohkoh.


Kami balik bercuti baru-baru ni, saya bertiga dengan anak-anak dari Putrajaya naik erl. Waktu pagi around 8am. Memang hazab lah kan waktu orang tengah nak pergi kerja. Erl pack, bersempit-sempit, kena berdiri pulak tu haih. Sebbaik phone susah nak capai kalau tidak dah viral kes ibu beranak dua kena berdiri dicelah manusia lain, takde sensitiviti langsung rakyat mesia ni kofs. Kakak dah buat muka sedih, adik maintain happy cuit orang sana sini. 

Sampai BTS, husband dah tunggu dengan bagasi kami yg lain. Dengan nasik lemak 2 bungkus dan karipap 4 biji. Terus pergi beli tiket bas, Alhamdulillah masa yang saya nak masih ada. 
 

BTS sekarang pun dah selesa banyak dari yang awal-awal dulu. Lagi selesa dari Stesen Bas Puduraya yang suatu waktu dulu menjadi tempat wajib pergi every 2 months sebab nak balik kampung kohkoh. Seriously ada gaya macam airport sikitlah siap announcement umum ketibaan dan perlepasan gitu. Tiket pun skarang main scan kat mesin, takde dah drebar datang kat seat sorang-sorang dok koyak tiket tanda korang dah naik kofs.

  
Alhamdulillah selamat sampai di kampung. Agak penat tapi berbaloi. Budak-budak pun happy. Insya Allah lepas-lepas ini kita naik bas lagi ye sayangs.
 

1 busy bees:

miDguRL said... Reply To This Comment

bju deeja cantik kt atas tue

Post a Comment