Blogger templates

Nature Interpretation Centre (NIC) Putrajaya.

Assalamualaikum.


Kuasa viral di media sosial. 

Sabtu lepas, kami ke NIC Putrajaya. Hampir 8 tahun menetap di sini, ini kali kedua kami menjejakkan kaki ke kawasan Taman Wetland Putrajaya. Pertama kali was 4 years back, masa makan-makan dengan bloggers. Itu pun hanya di kawasan Taman Air Wetland. Oh for your info, taman rekreasi air Wetland dan NIC ini berada di kawasan yang berbeza. 

Ehem. Gedik sangat nak pergi sini pun kena pasang waze. Maklumlah tak pernah sampai maka tak nak spoil mood driver kononnya. Takut nanti ada yang nangis dibucu katil.


Pintu masuk NIC.

Untuk makluman, NIC beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang (weekday) dan 5.30 petang (weekend). Tutup pada hari Isnin. Buat masa ini masuk adalah percuma untuk semua. Hoyeah itu yang best kan. Benda free kena share dengan semua orang kofs.


Actually tak ada banyak benda sangat dalam NIC ni. Banyak slide berkenaan sejarah wetland, which is erm ermmm malas nak baca hahah. Melayan anak-anak berlari kesana sini mengejor burung bangau tiruan dan melompat-lompat atas skrin yang bergerak-gerak.  Depa ni tak boleh lepa sesaat pun, bahaya. Haha alasan.

Level 2 ada ruang istirehat dengan buku dan majalah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ada beberapa buah komputer yang saya tak pasti kegunaannya sebab sentiasa full. Ada ruang untuk bergambar maka aktiviti kita hanya posing posing sajalah hahaha.


Lepas puas bergambar, kami keluar dari bangunan. Anak-anak ternampak tram terus request nak naik. Untuk pengetahuan anda semua, tram akan dikenakan bayaran sebanyak RM4 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Khadeejah adalah percuma sebab dia duduk atas riba. 

Tram akan bawa kita pusing seluruh kawasan wetland. Dari jalan bertar sehingga ke jalan berbatu, lihat pokok-pokok dan hutan, air tasik dan paya, tengok burung, bangau dan nurseri bunga.

Not bad at all. Boleh la setakat nak bawa anak-anak dan beraktiviti bersama keluarga.


Kalau tak nak naik tram pun tak ada masalah. Boleh bawa masuk kereta sampai ke kawasan dalam NIC ini. Waktu kami berpusing-pusing degan tram di dalam ni, ada banyak kereta berhenti di tepi-tepi kawasan bukit. Ada yang berpiknik, ada yang duduk borak-borak, ada juga yang sewa basikal dengan suami dan anak-anak, malah ada yang buat study group (sebab nampak buku bertingkek tingkek hahaha).

Oklah kalau nak merasa, boleh jot down address dalam gambar di atas. Kod gps pun ada. Insya Allah tak sesat.

Nah belanja gambar satu family.


Thank you & take care peeps.

1 busy bees:

juelee said... Reply To This Comment

amboi mcm tourist guide dah hah hehe deeja amek gambo sentiasa camera ready ye.. mmg alert sungguh dgn camera haha

Post a Comment