Blogger templates

Resipi : Puteri Ayu

Assalamualaikum.

Kali ini resipi kuih tradisional. Cik suami memang suka kuih-kuih macam ni, cuma saya jarang-jarang buat sebab tak berapa suka. Ai kan tekak ada sikit macam homputeh katanya kan kohs. And since start hantar breakfast pack dekat restoran, makin menggalak la suruh buat kuih itu, kuih ini. Layan ajelah haha.

To be honest saya memang tak berapa suka kuih-kuih ada yang kelapa. Tapi suami pula memang suka kuih sebegini. Nanti saya kongsi lagi kuih berkelapa yang beliau gemar haha.

Resipi kali ni saya copy paste dari blog Jintan Manis. 

3 biji telur (suhu bilik)
3/4 cawan gula (blender halus)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan santan
1 sk ovellete
1 sk baking powder
Pewarna hijau (saya guna pandan emulco)

Pukul telur sehingga berbuih, masukkan gula, dan ovellette kemudian pukul hingga kembang dan putih. Masukkan tepung, baking powder, pewarna dan santan secara berselang seli. Biarkan adunan selama 20 minit sebelum dikukus.

Sementara itu, tekan kelapa putih dalam acuan, tuangkan adunan dan kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 7 minit.


Komen juri : Memang lembut kuih ni mungkin sebab adanya ovellette. Tudung pengukus kena lapik dengan kain supaya air tak jatuh atas adunan nanti tak cantik. Acuan kena sapu minyak sikit sebelum mampatkan isi kelapa dan tuang adunan. Makan panas-panas memang best. 

Selamat mencuba.

0 busy bees:

Post a Comment