Blogger templates

Review : Nutri Khaira

Assalamualaikum.

Lama sangat tak jumpa. Haha, mak busy mengalahkan Perdana Menteri. 

Actually nak cerita, since Khadeejah setahun dia dah refuse botol susu. Secara tiba-tiba. Mak pun keliru masa tu. Sedih campur kasihan sebab dia nak menyusu tapi tak nak botol susu. Macam-macam puting try tetap juga tak berjaya.

So jalan penyelesaiannya adalah dengan beri hanya susu badan. Every lunch hour saya akan balik susukan dia. So sepanjang masa saya bekerja tu hanya minum air masak dan makan makanan yang dah disediakan. Tsk. Bila saya start bercuti pada awal Jun lepas, memang berterusan lah menyusu badan. Tak hairan botol dah. Susu pun lamaaaa sangat tak beli.


Few months begitu, tiba-tiba minggu lepas nampak botol susu request pula nak menyusu. Buatkan susu tepung coklat kakak, habis 4 auns. Ok,dah tak confuse puting nampaknya. Since then, everyday minta susu coklat. Mula-mula once a day lepas itu 3-4 kali sehari.

Discuss dengan husband. Memandangkan cuti saya tinggal 2 bulan sahaja lagi, dan memang plan nak wean off before saya mula bekerja, maka kita start search for her formula. At first nak bagi susu kambing pure sebab ada delivery ke Putrajaya tapi agak pricey dan takut pula nak bagi susu kambing pure all day. Sekali sekala mungkin tak apa kan.

Then ada beberapa rakan advice tentang goats milk formula yang ada bermacam-macam brands sekarang ni. Kita opt for Nutri Khaira.


Actually baru pertama kali dengar tentang jenama ini. Yang bestnya ada tiga flavour iaitu coklat, madu dan original. Harga pun berpatutan, RM38/500 grams. 

Susu ni adalah keluaran Hospital Az-Zahrah Bangi dan rakan korporat bersama Aman Palestin.

     
Alhamdulillah minggu pertama bersama Nutri Khaira nampaknya tak ada sebarang masalah untuk terima walaupun ianya susu kambing, Tak ada bau langsung. Saya campurkan 1 scoop susu putih dan 1/2 scoop susu coklat untuk bancuhan 4 auns. So lepas ini memang untuk dua-dua saya bancuhkan Nutri Khaira saja. Senang kerja hahaha.

Yang berminat boleh pm FB Nutri Khaira, atau hubungi Khai 013-2262441. 

Thank you & take care.
   

0 busy bees:

Post a Comment