Blogger templates

Review : Sup Tulang Power

Assalamualaikum.

Heh. Dah berzaman orang berzikir pasal kesedapan sup dekat sini. Saya juga yang tak dapat merasa lagi. Maklumlah kedai ni buka on weekday sahaja. Office pula jauh nak kesana masa lunch time. Bila dah jadi surirumah, masalah juga nak drive kesana semata mata nak beli sup. Haha alasan banyak sebab malas. Abaikan.

So, minggu lepas husband cuti. Apalagi kita heret dia pergi walaupun dia agak blur. Konon pagi tu nak pergi jumpa dentist tapi sup punya pasal kita postpone the next day haha.


Lokasi kedai adalah bersebelahan dengan Balai Polis Dato' Abu Bakar Baginda. 

Agak pagi masa kami sampai. Ramaiiii sangat orang breakfast sini even jam dah menunjukkan 9.30am. Ehem. Sangka baik, depa time off nak pergi klinik agaknya. 

Saya dan husband order bihun sup ayam. For the first time sebagai anak jati Johor, saya berjaya makan sup tanpa cili kicap hahaha. Ya, memang terbukti sedap lah sup tu on its own. Harga pun tak mahal. Boleh repeat semula nanti.


0 busy bees:

Post a Comment