Blogger templates

Langkawi : Aktiviti Pantai Chenang

Assalamualaikum.

Kali terakhir saya ke langkawi adalah kira-kira 8 tahun lepas. Waktu itu Pantai Chenang tak macam sekarang. Kawasan kampung, jalan pun tak berturap sepenuhnya. Malam macam pekan mati, tak ada apa aktiviti.

Sekarang berubah 360 darjah.

Chenang sekarang sangat happening. Kedai-kedai banyak, motel dan chalet bersepah, malah Chenang dah ada it's own shopping complex so called Chenang Mall.

Kami pergi ke area sana on day 2, selepas puas berdating dengan kerbau. Itu pun sebab nak tunaikan janji dengan Alia yang asyik berzikir nak pantai.

Waktu kami sampai around 4pm matahari masih terik, rasa panas tegak atas kepala. Aih malas betul nak keluar dari kereta tapi budak-budak dan bertempik masing-masing nak tukar swimsuit.   

Adik excited at first. Ini pengalaman pertama beliau ke pantai.


Memula je excited. Pijak pasir terus minta dukung. Ceh.

Kakak seperti biasa main pasir bina istana. Celup-celup sikit kaki dalam air lepas itu sambung main pasir. Ate emaknya pun penakut jd anak-anak pun tak merasa mandi air masin.

Banyak aktiviti dah sekarang dekat pantai Chenang ni. Tak macam dulu. Ke dulu saya tak sampai ke sini?. Entah, cerita lama dah tak ingat.


One fine day. 

Kalau ada rezeki sampai Langkawi lagi, dan anak-anak dah besar memang confirm saya nak try parasailing. Caj untuk seorang adalah RM60 untuk 1 round. 

Lama juga kami berada di pantai. Adik siap sun bathing lagi. Dah la memang sedia ada gelap, makin gelap lah kamu nampaknya adik.

Actually banyak lagi aktiviti boleh buat di pantai Chenang. Boleh refer gambar di bawah, detail kasi harga sekali tau. Senang nak bajet hiks.


Ok peeps semoga entry ni bermanfaat untuk yu olls yang nak ke Langkawi. 

Toodles.

0 busy bees:

Post a Comment