Blogger templates

Langkawi : Buffalo Park

Assalamualaikum.

Tak habis lagi cerita Langkawi. Jangan marah naa. 


Actually places yang kami visit untuk trip Langkawi lepas kebanyakannya from the net. Browsing sana sini ambil tips dari traveller lain. Kecuali Wildlife Park yang memang saya dah rancang lamaaaaa since terbaca dalam blog Dr. Halina.

Tempat menarik kali ini sangat special. Baca tajuk entry confirm ramai mencebik sebab datang jauh-jauh cuma untuk mencari kerbau kehkeh. Jangan main-main bukan sebarangan kerbau ada sini tau. Selalu jumpa kerbau hitam, datang sini ada kerbau putih. Haaaa kan best tu.


Kami ke sini tanpa menggunakan waze. Sebab utama adalah experience from other traveller yang sesat barat bila guna waze ke sini. So acah acah macam tahu, kami drive saja ikut signboard. Alhamdulillah banyak signboard kecil park ini disepanjang jalan, cuma kena alert. 

Jalan ke sini adalah melalui jalan kampung. Share the trail dengan orang-orang yang main ATV. Bukit bukau, tanah air sanggup ku redahi gituw. 

Kalau dari Mardi di Ulu Melaka, terus naik lagi sehingga ke kawasan Kampung Nyior Chabang.


Ketibaan kami disambut dengan welcome drink. Susu kerbau panas fresh dari ladang. 

Masa ni dah tengahari, Khadeejah dah lena dibuai mimpi dalam pelukan ayahnya. Tak terganggu langsung dengan bau-bauan yang terhasil dari poopoo kerbau. Well, saya orang kampung dah biasa bau mcm tu eheh.

Entrance fee adalah RM3 dewasa dan RM1 kanak-kanak.


Jangan main-main, melawat park mcm gini pun ada tour guide chu olls.

Lupa nak tanya nama, tapi dia explain every single thing about buffalo's. Memang semua ada dekat fingertips sahaja. Lalang yang dia pegang tu adalah makanan kerbau. Setiap org diberi seikat untuk experience bagi makan kerbau.

Yang bagusnya di sini adalah depa struggle untuk kekalkan tempat ini dengan harapan lebih ramai akan datang melawat tempat ini. Selain itu, lalang untuk makanan kerbau depa tanam sendiri, dengan average sehari untuk kerbau makan adalah sebanyak 3 tan. Poopoo kerbau pula akan diproses menjadi baja untuk tanaman lalang tadi. Haaaaa, bijakkan?.

  
Suka kakak dapat kasi makan kerbau. 

Agak banyak juga bilangan kerbau dalam park ni. Tour guide inform semua kerbau so far adalah normal kecuali seekor yang bermasalah ketika beranak. Matanya juling dan tanduknya tumbuh kebelakang. Special sikit.

Selain kerbau hitam, ada juga spesis kerbau putih di sini cuma bilangannya agak sedikit.


Memang comel tapi baunya adalah sama hehe.

Park ni tak besar, pusing sekejap saja dah habis. Actually kami datang salah time. Sepatutnya datang pagi ada banyak aktiviti seperti memerah susu kerbau, membuat cheese dan menunggang kerbau. Tapi tak apalah, kalau semua aktiviti tu ada sekalipun belum tentu anakanda saya nak turut serta. Hulur lalang pun acah acah berani, lepas tu nak nangis pulak heh.



Lepas say thank you kat tour guide kami keluar dari situ dan menuju ke kawasan cafe kecil diluar. Ada banner pelbagai menu berasaskan daging kerbau dijual, dan kami pilih untuk menikmati hidangan ringan seperti ice cream, susu dan yogurt.

Kakak dan ice cream memang kawan baik. Hatta ice cream harimau sekalipun, dia makan jugak tak kira apa orang nak kata.

Itu sahaja untuk entry kali ini. U olls boleh consider tempat ini jika memang nak jumpa dan pegang kerbau, atau nak rasa hasil susu kerbau. Kalau saja-saja visit mungkin akan rasa tak berbaloi.

Berbaloi bagi saya sebab anak-anak happy walaupun mak ayah sesak hidung dan melekat bau kerbau. Itu belakang kira.

That's all. Toodles.

2 busy bees:

Jie Susanos said... Reply To This Comment

rugi tak singgah tpt ni..

teringin nk tgk kerbau putih..

Shamiera Azni said... Reply To This Comment

Hi, apa khabar. masih ingat saya? saya adalah tour guide di Buffalo Park semasa cikpuan datang melawat. tengah review tentang buffalo park langkawi, then namppak entry cikpuan. semoga kita berjumpa lagi di lain hari. saya Syamira.

Post a Comment