Blogger templates

Langkawi : MARDI Agro Technology Park

Assalamualaikum.


Destinasi selepas Langkawi Wildlife Park & Bird's Paradise (entry di sini), adalah ke Mardi Langkawi.  Terletak di kawasan Lubuk Semilang, Ulu Melaka, kami gunakan waze agak payah pada mulanya. Waze kata dah sampai tapi kami tak nampak langsung bayang bangunannya. Nasib baik ada guard di kawasan berdekatan dan tunjukkan kami arah yang betul. Tak sampai 5 minit dah sampai heh.


Entrance fee adalah RM7 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Visiting hour dari jam 8.30 pagi sehingga 5 petang.

Masa kami sampai, kawasan menunggu untuk farm tour memang kosong, tak ada orang langsung. So kami bajet maybe tak best, atau tak ada apa-apa yang seronok di sini. Well, don't judge a book by it's cover kata orang putih.


Kami di bawa pergi menaiki lori yang dah diubahsuai seperti tram. Setiap lori ada seorang driver dan seorang tour guide. Semua pakat pegang kuat-kuat sebab driver bawa laju. 

Angin kuat terbang-terbang tudung mommy heh.


Macam tahu kami tengah lapar kofs.

Kami dihidangkan dengan buffet buah-buahan yang ditanam di dalam ladang Mardi ini. Ada nangka madu, tembikai, pisang, limau barli, nanas dan tembikai susu. Buah-buahan lain kebanyakannya belum musim atau masih belum boleh dituai. 

Selepas kekenyangan, kami di bawa untuk melihat sekitar kawasan cafe ini yang terletak di atas bukit. Kiri kanan depan belakang penuh kehijauan. Sejuk mata memandang. Ambil gambar sedikit untuk kenangan, kata tour guide selaku photographer kami.


Acah acah kuat lettuw.

Lepas ambil gambar kami di bawa mengelilingi kawasan Mardi. Seluruh kawasan di tanam dnegan pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran. Ada base camp untuk lawatan dari luar yang ingin bermalam di sini. 

Pit stop akhir adalah di kawasan tanaman anggur. Anggur-anggur di sini kebanyakannya untuk dijual di kawasan sekitar dan juga untuk pengunjung-pengunjung Mardi. Rasanya masam sikit, tekstur dan bentuk pun x berapa cantik, bukan macam anggur yang biasa saya beli. Tour guide kabo sesuai untuk ibu-ibu mengandung yang alahan, so kalau ada rezeki mengandung boleh makan anggur situ untuk hilangkan loya.

Haha macam sekangkang kera je rumah kami dengan Langkawi ya cik.


Actually tour farm ni tak lama, lebih kurang satu jam setengah. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Dapat pula tour guide yang suka bercakap, ada saja benda dia celoteh, jadi sepanjang kami berada di situ langsung tak ada rasa boring. 

Ok, satu lagi tempat menarik untuk visit di Langkawi to be put in your bucket list. Worth every penny, dan yang paling penting anak-anak happy.

Toodles.

0 busy bees:

Post a Comment