Blogger templates

Langkawi : Tempat Makan Sedap, Murah & Berbaloi.

Assalamualaikum.

Wah, perkataan murah dan berbaloi agak selalu digunakan dalam entry vacation kali ni. Maklumlah, saya sekarang sedang bercuti tanpa gaji, tak ada pendapatan tapi nak juga holiday dengan suami dan anak-anak. So kenalah berjimat mana yang patut kan hehe.

Actually before travel saya study dan cari info tentang Langkawi. Mana-mana tempat yang saya pergi, memang saya akan buat research. Sebab tu kadang ada org pelik macam mana kami travel especially ke oversea tanpa pakai tour guide. 

Sebenarnya boleh sangat. Kaji sikit, hasilnya dapat berjmat banyak. 


That day flight kami dari Kuala Lumpur delay selama 1 jam. So sampai Langkawi pun dah agak petang. Dalam itinerary nak makan Laksa Ikan Sekoq belakang airport tapi takdak rezeki. Tak jumpa.

Anak-anak dah lapar. Kami straight ke pekan Kuah untuk check-in hotel. Bilik belum siap so receptionist suggest kami dinner dulu di kedai makan berhampiran. 

Uncle Jai Cafe. Dekor simple dan modern. Kami duduk luar sebab angin kuat feeling tepi pantai.


Antara menu yang ada.

At first saya nak makan nasi, sebab tergoda dengan soft shell crab tu malangnya suami dan anak-anak ada menu deme sendiri jadi terpaksa lupakan sobs. 

Belek sikit ada pulak mee bandung. Lama betul craving mee bandung tak jumpa yang berkenan di hati. So kasi try lah.

Tudiaaaaa. Chef recommendation katanya.


Memang sedap bak hang. Baloi dengan harga.

------------------------------

Next. Lunch kami hari kedua. Selepas settle urusan di Buffalo Park. Itu kami story later.


Restoran Seashells, Laman Padi. Terletak di area Chenang.

Saya dimaklumkan yang restoran ini terletak berdekatan dengan Muzium Padi. Kami tak singgah pun sebab masa tu semua dah berlengas dengan aktiviti luar dari pagi. Lunch pun dah lewat, around 3pm. 


Ini yang menyebabkan kami tertarik untuk mencuba makanan di sini. Apart of the foods, is the scenery. Nyaman.

Teringat masa kami di Bandung dulu, driver bawa kami makan di Kampung Daun selepas pulang dari lawatan ke Tangkuban Parahu. Walaupun agak pricey, kami puas hati sebab selain dapat makan sedap, kami juga dapat lihat pemandangan yang cantik.

To be honest, makanan di sini tak mahal pun. Macam harga makan kat KL jugak.



Haha menu pun kemain lagi kan.

Kami order Nasi Bujang Terlajak, extra nasi 1 bowl. Memang kenyang malah berlebih siap tapau bawa balik hotel kofs.

Eh kalau nak tahu, tiap pondok disediakan 1 stand fan dan 1 cerek air untuk cuci tangan. Feeling makan kat kampung sangat tao. 

------------------------------

Dua hari terakhir di Langkawi, kami berkesempatan singgah di restoran ini. Kak Yan Nasi Campur ni agak popular dalam carian google. As usual saya excited nak mencuba kerabu bronok, katanya hidangan wajib cuba bila ke Langkawi hiks.

Restoran Kak Yan terletak di Ulu Melaka, dari pekan Kuah dalam 15 minit. Betul-betul tepi jalan besar. 

Masa kami sampai jam 11 pagi, orang dah ramai. Berebut nak dapat seat heh.

Itu dia. Gigih Kak Yan masak banyak mcm ni haha.

Actually gambar ni saya cedok dari google saja. Gambar sebenar lagi tempting, meleleh ailio baq hang. Lagipun ai malu nak snap gambar, orang tengah berebut ambil lauk pauk kehkoh.

Saya ke sana pun semata mata nak merasa kerabu bronok. Nasib baik ada, kalau takde memang nangis tepi meja.


Alhamdulillah lepas dah hajat. Husband tengok saja selera makan bini dia yang entah apa-apa tu. Actually masa makan ada juga terfikir macam mana lah bentuk yang namanya bronok ni kan. Rasa dia masin-masin, kenyal macam kunyah kelapa tua, krup krap gitu.

Dah balik baru google, alahai scary juga rupanya kehkeh. Sebbaik dah selamat masuk perut.


Selain kerabu, kami hanya makan seafood dan ikan bakar. Sup ayam untuk anak-anak. Air boleh refill for free.

Total damaged that day hanyalah RM25. Murah, sedap dan berbaloi. Gitu tagline kita.

------------------------------


Restoran Terong, Pekan Rabu, Kuah.

Kami ke sini untuk breakfast. Agak susah juga mencari restoran ni sebab di kawasan shoplot dan sedikit tersembunyi.

Menu pilihan berdasarkan recommendation dari google.


Sedap dan berpatutan. Harga setiap satu menu adalah RM3.50 sahaja.

So sad, anak-anak kami tak gemor hehe. Deme old school skek cari roti canai kosong. Kat sini menu semua sudah di-western-kan menjadi seperti di dalam gambar. Maka lepas itu terpaksa pergi 7E cari roti dan fresh milk depa berdua.

------------------------------

Actually ada dua lagi restoran yang kami pergi tapi tak sempat nak ambil gambar. Nama restoran pun tak sempat nak tengok hahaha. 

Antara lain yang saya masuk dalam wishlist tapi tak sempat try adalah EE Burger Bakar, Restoran Wan Thai, Restoran Hj. Ramli dan Artisan Pizza along Chenang beach. Katanya kat situ ada kedai Melayu jual macaroon yang sedap. Wallahualam saya tak sempat singgah. 

Kalau anda ke Langkawi mungkin boleh masukkan tempat-tempat makan ini dalam list. Insya Allah tak menyesal hehe.

Sorry entry panjang sangat. Malas nak buat 2-3 entry untuk tempat makan sahaja.

Toodless.




3 busy bees:

zila@akulovetravel said... Reply To This Comment

thks for the info..semua makanan nampak tempting

SUZANASAKURA said... Reply To This Comment

kedai terung tu bukak sampai malam ker???

Anonymous said... Reply To This Comment

Dtg pkl 930am kt terong, dh X banyak choice.. Order roti bistik.. Rasa biasa jer.. Noting special.. Total mkn 4 dewasa 2 kanak, dgn air RM31..

Post a Comment