Blogger templates

Langkawi : Wildlife Park & Bird's Paradise

Assalamualaikum.

Ini destinasi pertama di hari kedua kami berada di Langkawi. Actually dah pasang angan-angan since terbaca entry dalam blog Dr. Halina tentang tempat ni. Maklumlah, kita holiday bawa anak-anak memang priority adalah ke deme berdua saja lah. Tak dan nak fikir tentang cable car, makan mahsuri, beras terbakar dan yang lain-lain yang tidak link dengan dunia anak-anak deme. Gitu.


Lokasi park ini adalah di Jalan Ayer Hangat. Senang nak jumpa sebab banyak signboard. Guna waze confirm tak sesat.

Tiket masuk RM18 (dewasa Mykad) dan RM12 (kanak-kanak Mykad). Khadeejah free.

Sepanjang berada di dalam park ini, ada dua stesen di mana ada photographer untuk ambil gambar korang. Gambar akan diproses masuk dalam frame, kalau berminat boleh beli dengan harga bermula RM40-RM75 sekeping. Pricey so kami tak beli pun haha.

Makanan untuk haiwan pun ada. Dijual dengan harga RM6/pack.


Kedatangan kami disambut oleh Bella, burung yang petah bercakap. 

Seriously terkejut. Masa suami tengah pilih-pilih makanan yang sesuai untuk burung, pass pada Khadeejah, burung tu cakap, cepatlah sikit cepatlah sikit. Hahaha no jokes occay. Khadeejah pun act macam good-good je tak takut kan. Sekali Bella buka mulut kutip makanan kat tangan dia, meraung pulak ceh.


Kakak pula, haiwan yang mcm ni jadi pilihan dia. Yang makanannya boleh main campak-campak dari jauh haha. Penakut angat dia ni. Penggeli pun iya juga.

Actually dalam bekas makanan tu ada macam-macam dia letak. Sayuran, dedak, kekacang so kalau nak tahu apa makanan for each haiwan tu kena refer pada board berdekatan.


Macam ni contohnya.

Arapaima ni kita tak boleh bagi deme makan, sebab deme ada special diet yang tak ada dalam pack makanan yang kita beli tu. So kena careful la takot main campak-campak tak pasal mati pulak dia.


Dalam park ni ada ada beberapa section yang dipisahkan mengikut jenis haiwan. Ada yang dalam kawasan berkaca, ada yang dalam sangkar sahaja, dan ada yang dilepaskan dan kita boleh pegang dan direct bagi makanan.

Kawasannya yang besar dan bermacam-macam haiwan, memang sangat berbaloi untuk dikunjungi.


Ini salah satu section yang buat anak-anak happy. Burung-burung tu sangat jinak terbang ke sana sini. Di sini juga salah satu station untuk perkhidmatan photographer. 

Oh btw, beburung tu semua duk mematuk-matuk makanan atas tapak tangan i oll. Euw geli haha. Cecepat cakap kat suami suruh ambik gambar. Tak sangka ini reaksi yang dapat dari anak-anak. Priceless.


Ini dah dihujung-hujung park baru nampak monkey. Puas dengar Alia berzikir nak monkey, akhirnya jumpa tapi lepas tu takut pulak nak bagi pisang hahaha. 

Bijak sungguh monkey ni. Dapat pisang, siap buang kulit dan bersihkan bulu-bulu pisang tu (eh panggil bulu ke? haha belasah je lah) baru dia makan. Perfectionist sangat awak tao.

Antara gambar-gambar sepanjang kami di sana. Sungguh rasa sangat berbaloi. So for those yang akan ke Langkawi, please consider Wildlife Park & Bird's Paradise ni sebagai salah satu tempat untuk visit. Insya Allah, tak menyesal.

Toodless.


0 busy bees:

Post a Comment