Blogger templates

Majlis Graduasi & Konsert. Tadika Vonad 2015.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya Alia Kaiyisah berjaya tamatkan sesi tadika selama setahun (lebih kurang) di Vonad. Pencarian tadika yang secara tiba-tiba akhirnya membuahkan hasil yang cukup buat mommy ayah bangga. Enroll dengan tak tahu apa-apa, while sekarang dah lancar membaca, mengira dan iqra - Alhamdulillah terima kasih untuk teacher yang susah payah membantu Alia.


Majlis that day ada dua sesi. Alia dapat sesi petang. Excited sampai tak nak nap sebelum pergi dewan sampai menguap-nguap atas stage tunggu giliran ambil sijil haha.

Bertempat di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara.


Actually dua hari sebelum majlis, ada full rehearsal di dalam dewan tapi Alia tak dapat hadir. Balik kampung ziarah atuk yang tak berapa sihat kakinya. Teacher ada kabo risau dia blur atas pentas tapi tak apa katanya nanti pandailah dia follow kawan-kawan lain.

Ending nya memang ada sedikit kekeliruan masa lepas ambik sijil haha. Kenangan sungguh lah kakak.


Untungnya nama anak bermula huruf A. Depan sekali senang nak nampak kohkoh.

Sebelum majlis bermula, ada persembahan nasyid dan beberapa bacaan hafazan dari pelajar-pelajar Vonad dari Presint yang berlainan. Kemudian kompang dialunkan dan pelajar-pelajar 6 thn di arak dengan bunga manggar. Auwww sweet angat ah.


Atas pentas itulah Alia dan kawan-kawan lain duduk dari mula sampai ke penghujung majlis. Pakej menguap-nguap sekali haha sabar ajelah. Sebelum penyampaian sijil, ada anugerah khas untuk anak-anak yang cemerlang. Excited masing-masing meraikan kawan-kawan sekelas yang cemerlang, siap melambai-lambai, bersorak-sorak lagi.


Alia adalah yang pertama dipanggil untuk terima sijil dari kelas 6 tahun. Mengantuk, dan blur juga. Bila saya tanya kenapa tak senyum, dia kabo tak sempat. Kehkeh alasan sangat.

Lepas salam, ambil sijil dia boleh pula berdiri tercegat kat situ tak tahu nak pergi mana. Itulah siapa suruh ponteng sekolah hahaha.


Inilah keluarga yang datang meraikan hiks. Si adik tu kan gedix sangat lari sana-sini mentang-mentang dewan tu luas, ramai kawan pula tu.

Tahniah kakak. Semoga terus cemerlang menjadi anak solehah dunia dan akhirat. Mommy ayah dan adik sayang kakak. Sampai syurga, insya Allah.


0 busy bees:

Post a Comment