Blogger templates

Resipi : Meatball Ala Gordon Ramsay

Assalamualaikum.

Gara-gara selalu tonton rancangan masak-masak, maka sesekali terlior juga nak follow cara masak chef omputeh ni. Selalunya resipi mereka ni simple yet delicious, especially si Gordon Ramsay tu. Kacak sungguh beliau walaupun sokmo nampak kelam kabut hekhek out of topic.

Nak share resipi simple from Ramsay dalam rancangan dia few weeks back. Resipi asal bertajuk Meatballs In Fragrant Coconut Broth. Gituw. 



For the meatballs :
     . 1 bawang merah, finely chopped
     . 2 bawang putih, finely chopped
     . 1 tsp chilli flakes, i used chilli powder
     . 400g minced beef
     . 1 cup breadcrumbs, bakar sendiri 3 keping roti then blend
     . 4tbsp fresh milk
     . Salt and pepper to taste
     . Minyak untuk menggoreng


Tumis bawang merah & bawang putih sampai sedikit layu. Masukkan chilli powder. Matikan api. On the other hand, campurkan breadcrumbs dengan susu sampai jadi paste. Dalam mangkuk besar, masukkan minced beef, bawang yang telah digoreng serta paste breadcrumbs. Gaul rata menggunakan tangan. Bentukkan bulat sebesar bola golf. Saya kukus sekejap dalam 5 minit sebab nak frozenkan. Kalau tak nak steam pun tak apa, terpulang pada individu.

Besar bola golf tu meatballs Ramsay lah. Meatball kita besar sikit dari bola ping pong haha.

Itu dalam gambar ada chicken patty sekali. Resipi yang sama sebab malas nak google resipi lain. Tak sangka menjadi sedap pula tu kofs. 




Ini breakfast kegemaran untuk kami sekeluarga buat beberapa hari ni. Kita grill kan meatball dan chicken patty. Slice kecil lepas itu kepit dengan roti. Bubuh sos, mayo dan grated cheese. Aaaaaaa boleh gemok kalau makan selalu hoi.

Oklah. Selamat mencuba.

0 busy bees:

Post a Comment