Blogger templates

Review : O'Nine Steam Burger Putrajaya

Assalamualaikum.

Pada suatu malam lepas solat Maghrinb tiba-tiba rasa nak makan burger. Saya suarakan kepada husband niat suci nak makan burger tepi jalan. Bukan burger di restoran makanan segera.

Anak-anak bila dengar nak pergi makan, apalagi laju saja menyibuk hahaha. Kakak terus menyampuk bagitahu dia lapar padahal sebelum solat dah habis nasi sepinggan. Adik pula nampak kakak tergedik-gedik terus capai tombol pintu minta keluar. Heh.

Lepas bersiap ala kadar, kami keluar. Saya terfikir burger tepi jalan di area Putrajaya gate 1. Tak apalah tak sedap pun. Saya nak sangat burger ayam special tambah cheese. Extra mayonis. Gituw.

Tapi rupanya husband bawa saya ke sini.


O'Nine Steam Burger yeay.

Saya suka burger kat sini. Sedap dan kena dengan tekak. Cuma agak pricey compared dengan burger tepi jalan yang lain. Kami order dan makan disitu juga. Lepaskan anak-anak main berdekatan kami. 


This picture won't do a justice. Lagipun gambar dari Google.

Lepas ambil gambar anak-anak terus battery phone habis. Sayang. Gambar sebenar lagi gempak ai tell you. Daging ayam dan roti tu dia steam. Lembut sangat even dah tapau bawa balik rumah. Okay kantoi makan banyak hahaha.

Instead of french fries, depa served dengan kerepek. Kerepek apa namanya saya lupa. Yang pasti sedap.

Total damaged malam itu adalah RM25.

Yang nak santai-santai malam minggu boleh singgah sini. Lokasi di Persiaran Perdana Presint 3, Putrajaya.

0 busy bees:

Post a Comment