Blogger templates

Kembali Ke Sekolah. Kali Ini Real Punya.

Assalamualaikum.

Kadang rasa sebak sebab macam cepatnya kamu membesar. Rasa macam belum mampu nak lepaskan dia pergi sekolah, walaupun hakikatnya tiap hari pergi tadika haha. Eh, tadika dengan sekolah lain ok.

Last few weeks kami ke Dengkil untuk beli persiapan sekolah kakak. Sebak jugak, bak kata husband sokmo nak sebaklah mommy awok ni haha. Yelah, kita yang mengandung, kita beranak, kalau boleh nak anak duk celah ketiak sampai besor walaupun tahu itu adalah mustahil sobs.

Ah sebak lagi smpai bila citer nak habis heh.

Minta suggestion officemate, dia kabo ada kedai murah di pekan Dengkil. So moh la kita ke sana. 


Tu dia. All under one roof gituw.

Kedai ni di pekan Dengkil, berdekatan dengan pasar basah dan tapak pasar pagi Dengkil. Senang saja nak cari, sebab signboard boleh nampak dari tepi jalan besar.

Boleh dikatakan harga persiapan sekolah yang dijual agak murah. Selalu survey dan lihat-lihat di Mydin, atau di kompleks beli belah agak mahal, iyelah maybe sebab tak ada brand atau brand yang biasa dan tak dikenali.

Tapi apedehal janji boleh pakai ye tak.

Baju-baju sekolah ada pilihan from cotton to kain koshibo yang sejuk tu. Harga ikut size, makin besar size makin mahal harganya. Kasut pun banyak pilihan. Macam tudung sekolah kakak, saya pilih 1 layer tanpa awning, kain lycra sejuk berharga RM4.50 sehelai. Murah gila kan. 


Oleh kerana murah, kita beli banyak pasang skaligus. Kain coklat tu untuk sekolah Kafa. Semuanya saya pilih koshibo supaya kakak selesa nak pakai. Kasut dua pasang, untuk sekolah pagi dan petang. Tak perlu beli banyak kot kasut, sebab confirm tengah tahun nanti kena beli lagi kofs.

Ada beberapa lagi barang yang saya tak dapat beli di sana macam stoking, sebab tak banyak pilihan.


Itu dia bakal budak sekolah. Adik dengki sebab tu buat muka, mana tidaknya boring lew member tengok kakak dia 4 kali sehari asik cuba baju sekolah je hahaha.

Okay kakak, few weeks lagi nak sekolah dah. Semoga Allah jaga kakak sepanjang masa mommy dan ayah bekerja insya Allah.

Toodles.
 

1 busy bees:

miDguRL said... Reply To This Comment

deeejaaaaa acik fokus kt awak tau, maap kakak hahaha
cheeky sgt adik awk tue

Post a Comment