Blogger templates

Langkawi : Underwater World

Assalamualaikum.

Tempat terakhir yang kami visit sebelum shopping coklat adalah ke Underwater World Langkawi (UWW). Terletak di area Chenang, driving approx 20 minutes from Kuah town.

Kakak nak tengok seal katanya.

Tiket masuk agak mahal. Government rate RM26 adult dan RM18 child. Setiap satu kad entitles for 2 adults and 2 children. Suami layan sahaja dengan harapan it's worth visit macam pergi ke Wildlife Park before.


Harapan..harapan setinggi gunung lalalala.

Ok sorry sempat nyanyi kejap sambil tunggu gambar load kofs. UWW Langkawi ni lebih kurang Aquaria KLCC, but Aquaria much better i guess. Macam tak ada apa yang menarik, jalan gelap gelita, cermin akuarium pun kabur macam lama tak bersihkan, terowong tempat ikan dan tortoise berenang pun tak panjang, sempit dan sesak if ramai visitor.

Kami tunggu feeding session untuk African Penguin pun tak nampak bayang.

Frust sungguh anakanda saya.


Benda yang banyak display adalah seperti gambar di atas tu. Memanglah anak anak tak excited langsung nak tengok. Itu pun nasib baik ada coral yang boleh dipegang, dan ada gamat yang boleh disentuh.

Nampaklah muka ada sikit happy.
 

Gambar seal dan penguins yang berjaya di captured. Jadi pengubat hati kakak yang lara hahaha.

Tak suggest chu oll masuk sini sebab tak worth the money. Dari luar bangunan tu memang nampak besarnya tapi once berada di dalam tak rasa besar pun. Actually dalam tu ada simulasi untuk earthquake tapi nak masuk kena charge lagi extra RM18 per person aiyo memang tidak lah kami nak try. Cekik darah betul haih.


Ok geng. Rasanya ini entry last vacation kami ke Langkawi. Moga-moga ada antara entry ini yang berguna untuk chu olls. Apa yang baik untuk saya, tak semestinya baik juga untuk chu olls ye so sebelum ambik apa-apa info dari saya make sure do some research. Maklumlah rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Eh, macam keluar topic dah ni.

Thanks for visiting. Doakan murah rezeki so kami boleh travel lagi insya Allah.

Toodles.

0 busy bees:

Post a Comment