Blogger templates

Tadika Vonad : Hari Terakhir Sebagai Seorang Budak Tadika

Assalamualaikum.

20hb November yang lepas adalah hari terakhir Alia Kaiyisah belajar di Vonad. Selepas itu bermula cuti sekolah dan bermulalah juga episod mendidik kesabaran mak dia di rumah. Itu kita cerita later.

That day dia request nak pakai baju cantik. Sebab ada majlis perpisahan dan birthday untuk Nov and Dec babies. Baju pilih sendiri occay. Skirt dengan blouse matching dengan tudung kaler sama. Kemahen anak dara.

Mak dia exaggerate siap pesan teacher ambik gambar plis heh.

Maka teacher pun layankan gahaha.


Alia dengan teacher kesayangan, Teacher Amni.

Banyak betul kenangan dekat tadika ni. Teacher Amni pun baik, suka senyum dan sabar je ngajor anak dara saya tu walaupun kerap kali komplen dia ada penyakit suka bertanya hahaha.


Kawan sekelas.

Memang tak ramai dalam kelas 6 tahun. Ada dalam 11 orang saja tak silap saya, and the rest yang takda dalam gambar adalah budak-budak lelaki.

Lepas ni tak sure jumpa lagi ke tidak. Bukan semua masuk sekolah yang sama. Tsk mak dia pula yang emo.

Kakak once pernah tanya saya bila tgk gambar ni. Kenapa "majlis perpisahan", kenapa berpisah, kenapa kenapa kenapa. Aih lately banyak soklan makcik kecik tu yang agak payah nak di jawab tsk.


Moga semua kawan-kawan membesar jadi anak solehah. Ada rezeki kita jumpa lagi in.......another 15 years time maybe?. Auww masa tu semua dah bujang-bujang ekekek.

Mak merapu banyak dah ni. 

Ok Alia, awak dah semakin besar. Moga lembut hati dengar cakap cikgu, dengar pesan mommy ayah ok?. Mommy type ni dgn harapan nanti bila dah besar Alia akan baca semua yang mommy tulis. Mommy sayang anak-anak mommy.

Selamat menjadi seorang budak sekolah, anak sulung mommy!.

Toodles.

0 busy bees:

Post a Comment